Minggu ini ramai ahli UMNO bertumpu ke Kuala Lumpur tapi tidaklah seramai tahun-tahun lalu. Tentunya untuk bersama-sama memeriahkan Perhimpunan Agung di PWTC.
Saya juga ke Kuala Lumpur dengan ditemani oleh isteri, Amalina dan Syafikah. Hari Selasa 13 haribulan, saya sudahpun berada di sana, tetapi tidak tergerak pun untuk ke PWTC walaupun ketika itu ramai yang sudah berkampung di Ibu Kota.
Pada hari Rabu isteriku mengajak ke PWTC, tapi saya lebih selesa berborak dengan abangku Asmuni. Dia akan ke Mekah untuk menunaikan fardu kelima bersama isterinya. Memandangkan ia adalah kali pertama, saya fikir lebih baik saya memberi beberapa tips untuk kemudahannya. Saya sempat memberitahunya untuk membeli buku Travelog Haji karangan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim kerana ia boleh memenuhi keperluan seseorang yang tidak mempunyai kefahaman mendalam tentang ibadah mengerjakan haji maupun umrah. Alhamdullillah, abang menerima nasehatku dan membeli buku yang dimaksudkan.
Isteriku pula tidak melepaskan peluang untuk ke PWTC. Dia mengajak Kak Nor, isteri abangku untuk melihat-lihat jualan seperti lazimnya yang diadakan ketika berlangsungnya perhimpunan.

Ketika balik dari PWTC, isteriku memberitahu peniaga tidak begitu ramai. Barang yang dijual juga tidak menarik minatnya. Dia hanya membeli beberapa helai tudung sahaja. Begitu juga dengan orang ramai yang ingin menyaksikan perhimpunan melalui layar di ruang legar juga tidak ramai.
Sejarahku mengikuti Perhimpunan Agung UMNO sebagai perwakilan pemuda telah bermula pada akhir tahun 1970an yang ketika itu diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya juga pernah mengikutinya di Hotel Hilton. Pada tahun 1985, ketika bangunan PWTC digunakan untuk perhimpunan buat kali pertama, saya tidak dapat mengikutinya walaupun saya adalah salah seorang perwakilan bahagian. Ketika itu saya berada di Jepun untuk lawatan selama sebulan di bawah anjuran kerajaan dan JICA.
Sejak dari itu, saya telah berulang kali menjadi perwakilan yang mewakili UMNO Bahagian Pulai. Hanya sejak berada di Bahagian Johor Bahru dari tahun 2004, saya tidak terpilih walaupun pernah mencuba dua kali. Pada tahun lalu, ketika begitu ramai orang yang berminat untuk menjadi perwakilan, saya mendapat tempat ke lapan dan tertinggal tiga undi untuk mendapatkan tempat.
Entah apa sebabnya saya tidak begitu berminat untuk beriuh rendah di PWTC atau melepak-lepak di hotel-hotel ketika perwakilan berbahas di dewan. Tidak dinafikan saya juga pernah ke sana walaupun tidak menjadi perwakilan, tetapi boleh dibilang.
Jadi, untuk apa saya ke Kuala Lumpur pada ketika tumpuan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO terarah ke PWTC?.
Sebenarnya saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Biro Kebajikan Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) pada hari Khamis dan hari berikutnya, Jumaat pula mesyuarat tertinggi PBKF.
Di sebelah petangnnya pula persatuan mengadakan perjumpaan Hari Raya untuk ahli-ahli Kuala Lumpur.
Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian petikan foto di majlis tersebut.

Haji Jayus (YDP) bersama Datuk Aladdin Hashim,
mantan Pengarah Besar Felda (baju kuning) -
Saya sentiasa kenang jasanya kerana menahan
pertukaran saya ke Sabah pada November 1988
gara-gara konspirasi Datuk Khalid Yunus dan
Datuk Fadhil Yunus

Isteriku nampak berselera mengambil satey
sementara di belakangnya adalah Mohamad Rahman,
Penyelaras Kawasan Trengganu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan