Radio Internet FuhYooFm

Ahad, Oktober 18, 2009

MERAIKAN BAKAL HAJI PARLIMEN JOHOR BAHRU

.

Alhamdullillah, pagi tadi saya bersama dengan rakan-rakan dapat menjayakan majlis meraikan bakal-bakal haji tahun ini bagi Parlimen Johor Bahru.

Majlis yang dianjurkan bersama Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah diadakan di Dewan Kuliah MJBBU mulai jam 9.30 pagi.

Seramai 210 orang bakal-bakal haji yang didaptkan namanya dari senarai pejabat Urusan Tabung Haji Johor Bahru dan juga dari nama yang dikemukakan oleh UMNO Cawangan telah dipelawa untuk menghadiri majlis tersebut.

Pada peringkat awal, program ini sepatutnya diadakan di Dewan Raya Kg Melayu, telah dipindahkan ke MJBBU disebabkan sebahagian besar pesertanya iaitu seramai 98 orang adalah dari penduduk Bandar Baru Uda.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Hassan Majid Al-Hafiz telah disusuli dengan ucapan-ucapan oleh Pengerusi MJBBU dan Kamal Abd Kadir iaitu wakil bakal-bakal haji.

YB Datuk Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru yang tidak dapat hadir disebabkan urusan yang lebih penting di Kuala Lumpur, telah diwakili oleh YB Tuan Haji Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.

Kemuncak majlis ini adalah tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Sulaiman Maidin, Pegawai Tadbir Agama Daerah Ledang, Johor.

YB Datuk Shahrir dan Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah bermurah hati telah menyumbang sedikit bekalan kepada semua peserta bakal haji yang hadir.

Majlis ditamatkan setelah kesemua yang hadir menikmati jamuan makan tengahari.

.

Tiada ulasan: