Berakhirnya musim berhari raya, muncul pula musim haji. Difahamkan jemaah haji dari Malaysia adalah seramai 26,000 orang. Dikatakan juga tidak ada sebarang tambahan kuota haji untuk tahun ini. Masih ramai lagi yang mengharap dapat tawaran pada tahun ini. Mungkin ribuan yang menunggu dengan penuh pengharapan.
Tiga kumpulan jemaah haji seramai 1,082 orang telahpun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari semalam dengan pesawat MAS dan Saudi Arabian Airlines.
Antara jemaah haji yang berlepas ke tanah suci pada tahun ini adalah abangku, Asmuni dan adikku, Ahmadon. Kedua-duanya membawa isteri masing-masing.
Abang Asmuni telahpun mendapat ketentuan dengan penerbangan KT15 pada 23 haribulan sementara Ahmadon masih belum mendapat tarikh penerbangan.
Pada pemikirannku, tentulah kedua-dua mereka ingin pergi bersama, dalam penerbangan, maktab bahkan kemana-mana bersama. Hubungan keluargaku begitu erat. Tetapi, kekangan untuk mendapatkan tempat ke tanah suci ini bukan semudah di ingatan atau di bibir. Wang adalah faktor utama selain ketentuan Allah swt.
Abang Asmuni tidak sanggup menunggu lama. Dengan sebab itu ia terpaksa berbelanja lebih dengan mengambil pakej Tabung Haji. Ia terpaksa menambah sekali ganda dari belanja melalui Mu'assasah. Ahmadon bernasib baik kerana dia sabar menunggu dan dengan belanja RM10,000 telah terpilih untuk ke sana. Malangnya, sehingga kini dia ternanti-nanti tarikhnya.
Pada hari Isnin lalu saya balik ke kampung dan bertemu mereka. Saya sengaja balik kerana ingin bertemu mereka untuk memohon maaf dan mengucap selamat jalan. Dalam konteks maaf bermaaf ini perlu kita lakukan dengan ikhlas dan dengan penuh keinsafan kerana mereka akan menunaikan salah satu fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam.
Semua sedia maklum tentang cabaran besar di sana. Saya sendiri mungkin telah wafat pada ketika melakukan jamrah pada tahun 1990. Ramai jemaah yang meninggal dalam peristiwa Muaasim. Saya terhindar kerana percaya dengan ingatan yang diberi oleh pegawai-pegawai Tabung Haji. Ingatan inilah juga yang telah saya berikan kepada abang dan adikku kerana telah terbukti Tabung Haji mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
Saya juga telah memberi buku Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman kepada Ahmadon karangan Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim. Abang Asmuni juga telah membeli buku ini kerana saya percaya buku ini dapat memberi pengetahun tentang pengalaman penulisnya ketika berada di Mekah dan Madinah, sebelum dan selepas di sana. Saya juga percaya dengan membaca buku ini akan dapat meningkatkan motivasi kepada mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam dalam melakukan ibadat haji.
Sebagai adik beradik dan kami semua telah sampai ke peringkat usia emas, tentulah banyak kejadian pahit manis yang menjadi asam garam kehidupan. Masalah wang yang menjadi perkara penting dalam nadi kehidupan biasanya boleh merosakkan hubungan silaturrahim. Saya menyebutkan perkara ini kerana ingin mengikhlaskan segala hutang kedua-dua mereka kepadaku sekiranya ada atau mungkin kami tidak lagi berjumpa.
Ketentuan Allah tidak akan dapat sesiapaun menghalangnya. Wang ringgit boleh dicari tetapi silaturrahmi apatah lagi hubungan kekeluargaan adalah segala-galanya.
LABAIKALLAH HUMMA LABAIKA, LABAIKALLAH HUMMA LABAIKA, LABAIKALLAH SYARIKA LAKA LABAIKA, INNALHAMDA WANIN'MATA, LAKA WALMULK, LASYARIKALAK.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan