.
Beginalah ruang rumah hadiah dari seorang anak kepada bonda tercintanyaSebelum solat Maghrib petang semalam, tujuan saya adalah ke rumah Hj Othman Samad di Jalan Padi Huma 8, Bandar Baru Uda untuk memenuhi jemputannnya iaitu membaca Yaassin dan membaca Ratib Asma 'Ul Husna.
Mungkin atas kealpaan, saya telah pergi ke rumah Hj Zulkifli di Jalan Padi Huma. Walaupun saya pernah ke rumah Hj Othman, tetapi pada kali ini saya terkeliru apabila melihat ramai rakan-rakan jemaah masjid termasuk Imam Hassan Majid yang sedang menuju ke rumah Hj Zulkifli.
Di majlis ini yang bertujuan untuk memohon keselamatan memasuki rumah baru. Kami diberitahu bahawa Haji Zulkifli telah menghadiahkan rumah berkenaan yang merupakan sebuah banglow mewah kepada bondanya.
Saya tidak dapat meneruskan niat untuk ke rumah Hj Othman kerana pada ketika itu azan sedang dilaungkan dan terpaksalah saya mengikuti program di rumah berkenaan.
Ini semua adalah ketentuan Allah. Semoga Hj Zulkifli menerima kedatangan saya yang tidak diundang selain kemaafan dari Hj Othman Samad.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan