Gambar di atas Abang Asmuni, isteri dan anak-anaknya,
dan di bawahnya adalah adikku, Ahmadun ketika memohon
dan di bawahnya adalah adikku, Ahmadun ketika memohon
keampunan dari ibu pada hari raya aidilfitri
Hari ini, Khamis 9 Zulhijjah 1430, seramai 2.5 juta umat Islam sedang berkumpul di Padang Arafah. Diantara jutaan ini adalah abangku Asmuni dan adikku Ahmadun. Kedua-dua mereka membawa isteri masing-masing.Sudah sampai masanya mereka menunaikan fardhu haji ketika abangku menjangkau 60 tahun dan adikku pula 54 tahun. Saya sendiri telah pergi untuk yang wajib ketika berumur 38 tahun. Kakakku juga telah dapat menunaikannya semasa dia masih sehat. Sekarang kakak menderita penyakit Parkinson.
Syukur alhamdullillah, kami berempat telah dapat menunaikan rukun Islam kelima. Bila pula adik-adik kami yang masih berbaki 4 orang lagi untuk ke sana? Mungkin mereka masih lagi mencari kekuatan. Mudah-mudahan terkabul sekiranya sudah berniat dan mempunyai usaha untuk mencapainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan