Radio Internet FuhYooFm

Ahad, Disember 27, 2009

ISU PEMINDAHAN SETINGGAN: ABD KHIR TIDAK MAIN POLITIK?

.
"Kami tidak main politik".

Benarkah apa yang dikata oleh Abd Khir Hj Mohamad semasa berdialog dengan Ahli Parlimen Johor Bahru pada majlis penerangan di Desa Melayu Johor Bahru malam tadi?.

Beliau mengaku sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Setinggan yang terlibat dengan projek pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Cagar dengan Lebuhraya Utara Selatan di Pandan.

Diantara perkara yang diberitau kepada mereka yang hadir di perjumpaan tersebut ialah usaha mereka membuat perjumpaan dengan MRCB di pejabat tapak projek. Bagaimanapun beliau tidak menyebut apakah hasil dari pertemuan tersebut.

Apabila Dato' Shahrir bertanya mengapa membawa pemimpin DAP ke Desa Melayu, Abd Khir tergamam dan hanya mengatakan ingin membela penduduk kerana dikatakan Ketua UMNO Cawangan tidak telus dalam bancian dan pemilihan penduduk yang akan berpindah.

Abd Khir hanya meminta penduduk jangan bepindah sehingga rumah yang dijanjikan siap dan boleh diduduki.

Saranannya hanyalah ciplakkan dari apa yang telah diungkapkan oleh Dato' Shahrir dalam ucapan sebelumnya.

Dato' Shahrir sangat menekankan perkara ini sebagaimana yang telah dilakukan semasa memindahkan penduduk Tok Siak ke penempatan baru pada tahun lalu. Beliau tidak mahu penduduk tertipu dari karenah pemaju seperti yang berlaku di projek penswastaan Larkin Perdana dan Desa Larkin.

.

Tiada ulasan: