Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, Disember 25, 2009

LAWATAN 6 HARI 5 MALAM KE JAWA TIMUR DAN TENGAH (CATATAN BULAN OGOS 2008)

.




Hari ini, Sabtu 16 Ogos 2008, saya ke Surabaya, Indonesia bersama 8 orang jemaah dari Bandar Baru Uda bertujuan melancong ke Jawa Timur dan Jawa Tengah. Kami terdiri dari Hj Salam Safar dan isteri, Hj Khaidir Hamidon dan isteri, Hj A Rahman dan isteri, Hj Yahya Hamid dan HjAziz.

Perjalanan kami dari Bandar Baru Uda dengan menaiki van Masjid BBU yang dipandu oleh Sdr Zali, seorang kakitangan masjid. Beliau terpaksa megorbankan sedikit masa walaupun selepas menghantar kami, beliau terpaksa pula menghantar pesakit yang selesai membuat rawatan dialisis.

Kami berlepas dari Lapangterbang Senai pada jam 2.40 petang dan dijangka sampai pada jam 3.55 petang (waktu Indonesia Barat), perjalanan dijangkakan selaama 2 jam 15minit.

Perjalanan dengan Air Asia AK630 kali ini juga sangat tidak mengembirakan kerana keadaan cuaca yang kurang baik. Sepanjang perjalanan dari Johor Bahru kami diminta sentiasa mengenakan sabuk keselamatan (tali pinggang keselamatan). Penumpang penuh, tidak terdapat kekosongan. Ini memang telah ku jangka kerana pada hari semalam, saya melayari web Air Asia untuk mendapatkan satu lagi tiket penerbangan. Terdapat dua orang lagi yang ingin mengikuti rombongan, malangnya tidak terdapat kekosongan. Begitupun, untuk perjalanan pulang memang masih ada dan tambangnya pun agak murah.

Setelah satu jam perjalanan, keadaan penerbangan masih tidak aman, entah bila cuaca akan berubah baik. Dah ada yang termuntah, cewek yang duduk betul kat sebelah. Dari perbualan dengan rakan cowoknya, beliau pertama kali menaiki pesawat dan untuk perjalanan akan datang, dia akan lebih selesa dengan menaiki feri atau kapal laut. Cewek ni telah dua tahun bekerja sebagai pembantu rumah dengan majikan Cina di Johor Bahru. Dia merasa serik dan tidak akan bekerja lagi dengan majikan Cina kerana beberapa masalah terutama dengan makanan tidak halal. Selain itu gaji yang diterima (RM400) juga tidak setimpal dengan perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk sampai ke Malaysia.

Penerbangan mendebarkan ini masih berterusan. Nak mengetuk terus laptop ni pun bermasalah. Tutup saja dan insyaallah akan diteruskan di Surabaya.

Insyaallah, ketika kami sampai di Lapangterbang Juanda, Surabaya, Pak Haji Mulyadi akan menjemput kami dan program yang kami rancang adalah untuk mencari tempat penginapan dan seterusnya bersiar-siar di kota Surabaya serta membeli belah.

Perjalanan kali ini juga dijangka santai sebagaimana perjalanan di Kambodia pada beberapa hari yang lalu. Saya telah memberi penerangan kepada rakan-rakan dalam rombongan ini supaya sentiasa berintraksi dan berkomunikasi antara satu sama yang lain dengan baik, dan sekiranya ada perkara yang nak disuara atau dipertanyakan hendaklah disampaikan dengan berterus terang. Kami akan membuat keputusan secara kolektif bagi membuat sesuatu keputusan. Ini akan menjamin kerukunan dan kepuasan semua pihak.

Pada perjalanan ini, saya memang tidak membawa isteri kerana dia telah beberapa kali mengikuti perjalanan dan lawatan yang sama. Tempat-tempat yang akan dilawati juga sudah beberapa kali kami pergi. Diantara tempat yang akan dilawati adalah Masjid Sunan Ampel, Malang (tanaman apple dsb.), Permakaman Sunan Bonang, Solo, Jogja (Keraton, Candi Borobodor, Perambanan, Jalan Malioborro, Masjid Agong Solo, Pasar), Masjid Agong Demak, Jepara (kerja tangan, ukiran, perabut) dan Pesantren di Demak. Begitupun tempat-tempat yang akan dilawati masih bergantung kepada kesesuaian masa.

Pada lawatan ini, lima ahli rombongan yang lain juga pernah bersama dalam rombongan tahun lalu ke Jakarta, Puncak dan Bandung. Mungkin mereka berpuas hati dengan pelayanan yang lalu yang dikendalikan oleh Pak Haji Mulyadi.

Tiada ulasan: