Radio Internet FuhYooFm

Rabu, Disember 23, 2009

SERONOK MEMBELIBELAH DI PASAR MALAM

.

Seruan dan ingatan saya kepada pelancong di Siem Reap supaya jangan lupa melawati pasar malam Angkor Night Market.

Saya telah melancong ke Siem Reap sebanyak 2 kali. Untuk kedua-duanya, saya tidak diberitahu oleh pemandu pelancong malahan tiada dalam jadual lawatan yang disediakan oleh agen pelancongan.

Saya tidak tahu mengapa mereka sengaja tidak memberitahu kewujudannya sedangkan ia kawasan membelibelah yang istimewa terutama barang-barang yang dijual dan harga yang lebih rendah berbanding di Phnom Penh.

Di sini, mereka yang membeli adalah pelancong dari berbagai bangsa dan negara. Walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi tetapi pembeli boleh menawarnya sehingga melebihi 50 peratus.

Barang-barang yang popular adalah seperti batu cincin, jade, ukiran batu dan kayu serta cenderamata.

Suasana malam di sini amat meriah dan berwarna warni. Kedai-kedai minuman dibuka hingga lewat malam.

Saya, tidak ada apa yang dibeli. Setelah menunjuk arah untuk rakan-rakan berbelanja, saya mencari siber cafe, dapat juga saya membaca berita di tanah air dan menjenguk beberapa blog yang saya gemari.

Tiada ulasan: