Radio Internet FuhYooFm

Rabu, Disember 23, 2009

SOLAT JUMAAT DI SEAM REAP

.
Allahhuakbar, Tuhan Maha Agung. Hari Kedua kami di Kampuchea dapat bersolat Jumaat di Masjid Nikmatul Islam, Seam Reap.

Masjid yang terletak di pinggir bandar ini diguna untuk solat Jumaat oleh penduduk dari 10 perkampungan yang berselerak di wilayah Seam Reap.

Saya sangat mengenali ketua imamnya yang bernama Ustaz Haji Musa. Beliau yang juga merupakan ketua masyarakat Islam di sini juga memegang jawatan City Counselor atau Ahli Majlis Perbandaran Seam Reap.

Ketika bertemu dengannya, saya diberitahu bahawa beliau adalah salah seorang dari 8 orang Ahli Majlis dari parti pemerintah sementara 3 orang Ahli Majlis yang lain adalah dari parti pembangkang. Beliau adalah satu-satunya dari masyarakat Islam.

Rumah Ustaz Haji Musa terletak diantara bangunan masjid dan pusat komuniti. Beliau juga menjalankan perniagaan makanan halal dalam bentuk pesanan dan juga menguruskan perjalanan pelancong.

Kebolehannya menguasai bahasa Melayu memudahkan kami berintraksi.

Ketika solat, imam hanya menggunakan bahasa Khmer dan tidak menggunakan bahasa Arab sebagaimana di Thailand.


Selepas solat, saya menyampaikan Muqaddam dari Haji Fathil sebanyak 20 naskah dan dari Masjid Jamek Bandar Baru Uda sebanyak 50 naskah kepada imam-imam di masjid berkenaan. Kami mengharapkan Muqaddam tersebut dapat digunakan oleh anak-anak kariah terutama di perkampongan yang berselerak di Siem Reap.

Salah seorang dari ahli rombongan, Haji Daud menyempurnakan amanah dari anaknya yang ingin membuat aqiqah dua ekor kambing. Kami diberitahu, untuk aqiqah kambing memerlukan perbelanjaan RM400 bagi setiap ekor dan untuk korban adalah RM230 bagi setiap bahagian (lembu).

Alhamdullillah, amanah yang kami bawa telah disempurnakan. Insyaallah, saya sedang merancang dan berusaha untuk membawa rakan-rakan lain yang ingin mengikuti rombongan, melawat rakan-rakan seagama disamping melakukan ibadah korban pada tahun 2010 yang akan datang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Might My partner and i uncover that you are by Queensland?
You will seem like a strong Hawaiian :Zero)
Also see my website - Online Auto Insurance