Radio Internet FuhYooFm

Rabu, Disember 23, 2009

SINGGAH DI MASJID KAMPONG TEBANG CHOH

.
Masjid Kampong Tebang Choh, Daerah Berami, Wilayah Kampong Thom adalah salah sebuah masjid yang kami singgahi.

Masjid ini menunggu saat untuk tidak digunakan sebagai masjid kerana sebuah masjid baru hampir siap dan telah digunakan semasa solat Edul Adha yang baru lalu.

Masjid yang terletak di kanan jalan dari Seam Reap menuju Phnom Penh ini digunakan oleh masyarakat Islam di sekitar kampong berkenaan.

Dari penglihatan kami yang melalui kawasan ini, kelihatan penduduknya agak miskin walaupun ia terletak di kawasan laluan jalan raya. Ini dapat dikesan dari pakaian yang digunakan seperti terdapat ramai yang tidak berkasut dan pakaian yang lusuh.

Bersebelahan masjid lama ini terdapat sebuah bangunan yang yang merupakan pusat komuniti selain digunakan untuk kelas agama.

Di luar bangunan ini terpampang kain pemidang yang menunjukkan kerja-kerja amal mengecat bangunan oleh pelajar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan.

Kami juga dapat menghadiahkan Muqaddam yang disampaikan oleh Haji Khidir, Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Baru Uda kepada Imam Haji Zahari bin Yusof.

Tiada ulasan: