Seperti biasa, pada jam 5 pagi saya akan dikejutkan dari tidur oleh jam penggera telefon bimbitku. Perkara pertama yang akan dicari adalah kacamata.
Terkejut benar pagi ini kerana kacamata saya terpeliut. Bingkainya tidak boleh digunakan lagi. Puncanya, saya tertidur tanpa membuka kacamata ketika melihat siaran langsung perlawanan akhir tennis antara Nadal dan Nikolay Davydenko di Terbuka Qatar.
Setelah mandi dan solat Subuh, saya minta isteri yang ku panggil 'Mon' mencarikan kacamata lama yang masih boleh digunakan. Lama juga dia mencari. Akhirnya dapat juga kacamata yang agak ketinggalan zaman dan masih boleh digunakan.

Saya minta Shafikah ambil gambar. Kira ok juga, yang penting boleh diguna.
Pagi ini sepatutnya saya ke Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk program gotong royong perdana anjuran Majlis Bandaraya. Saya tidak dapat mengikutinya kerana masalah lambat mendapatkan kacamata selain isteriku pula hendak menggunakan kereta untuk melawat guru agamanya yang terlantar sakit di Kundang Ulu, Muar.

Eloklah pagi ini saya di rumah saja sambil update blog dan membaca berita-berita di internet.
Ini adalah gambar isteriku 'Mon'. Nama sebenarnya Maimunah, sebab itu saya memanggilnya Mon. Panggilan ini saya mula gunakan pada tahun awal 90an apabila arwah ibu mertuaku meninggal dunia. Saya ingin mengikuti arwah bapa mertuaku yang memanggil isterinya dengan panggilan yang sama. Ibu mertuaku bernama Mariam dengan nama timangan Maimon.
Pagi ini mukanya nampak tembam sebagaimana mukaku juga. Mungkin ini memberi makna kami cukup makan dan tidak mempunyai masalah.
Kenapa pula Shafikah menangis?. Kami memanggil sikecil ini 'Pikah'. Dia adalah anak sulung kepada anak angkatku, Irwan Helmy. Memandangkan Helmy bermasalah untuk menjaga Pikah, kami telah mengambil dan mengasuhnya sejak dari bayi.
Kami amat sayang kepada Pikah. Begitu juga dengan Pikah yang akan berumur 6 tahun pada bulan April ini, sangat menyayangi kami berdua. Dimana saja kami berjalan samada di dalam atau luar negara, pasti Pikah akan turut sama. Baginya tidak ada orang lain yang boleh disayangi melainkan kami berdua.
Pikah memanggilku 'ayah' dan isteriku pula dipanggil 'mama'. Sekarang saya terkeliru, Pikah ini cucuku atau anakku. Kami sering tergamam apabila orang bertanya hubungan Pikah dengan kami.
Dia menangis sebab saya ingin mempotret isteriku. Baginya saya hanya mengambil perhatian kepada Mon sahaja. Benarlah apa yang dikata oleh sebahagian dari masyarakat kita bahawa sayangkan cucu melebihi dari menyangi anak sendiri.
Mudah-mudahan isteriku dan Pikah akan selamat dalam perjalanan pergi balik ke Kundang Ulu, Muar.

4 ulasan:
Assalamualaikum.
Abg anak wak hj tahir ke?
Saya nazri, anak arwah wak hj saring. sepupu kpd wak abu.
Abg mungkin tak kenal saya kerana jarak umur yg jauh...
Betul. Insyaallah saya akan tanya dengan mak kat kampung bila balik nanti.
Orang-orang sekampung kita di Puteri Menangis semuanya bersaudara.
Jangan putuskan persaudaraan kita.
abg kenal ke dgn tauke Chamek Kopitiam @ BBU? Dato Hassan...dia pn salah seorang ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru...
Lama kenal dia. Dulu dia pernah sama bergiat dalam Pergerakan Pemuda UMNO, tahun-tahun 70an. Hingga sekarang saya tak ada masalah dengannya.
Catat Ulasan