Radio Internet FuhYooFm

Isnin, April 26, 2010

MELAWAT AHLI PERSATUAN MENGALAMI MASALAH KESIHATAN

.
Baru-baru ini, saya berkesempatan melawat beberapa orang ahli Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) yang kurang bernasib baik. Mereka adalah Alif Sabikan yang sedang menerima rawatan dialisis kerana masalah buah pinggang. Beliau bersama keluarganya mendiami rumah di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram dan mendapat rawatan dialisis di Pusat Rawatan Dialisis PKEINJ, Johor Bahru. Segala kos rawatannya di tanggung oleh Felda sementara PBKF membantu dengan menyumbang RM200 pada setiap bulan.

Bersama salah dua orang ahli PBKF, Raja Ismail Raja Salim Basir Kastawi, kami melawat Baba Bait, bekas Tukang Kebun di Pejabat Felda Wilayah Johor Selatan. Baba mengalami masalah Parkinson mendiami rumah bersama isterinya di Taman Selesa Jaya, Johor Bahru. Isterinya pula mengalami masalah penglihatan.


Selain Baba Bait, kami juga melawat Salehan Rohadi juga mengalami masalah kesihatan akibat serangan strok. Beliau tidak dapat bergerak dengan sempurna dan hanya bergantung bantuan sepenuhnya dari isteri yang telah mengambil pencen awal.


Salehan juga mempunyai seorang anak gadis kurang upaya yang juga memerlukan pemerhatian dan bantuan harian.


Saya telah menyalurkan bantuan RM300 setiap orang kepada Baba dan Salehan. Bagi bantuan bulanan, saya telah mencadangkan supaya kedua mereka membuat permohonan kepada Persatuan supaya diberi pertimbangan.

Tiada ulasan: