Radio Internet FuhYooFm

Isnin, April 26, 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PBKF

.
Sekali lagi Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) Kawasan Johor Selatan telah mengadakan kegiatan untuk ahli-ahlinya. Pada hari Ahad lalu, PBKF telah mengadakan majlis sambutan maulidul rasul SAW bertempat di rumah salah seorang ahlinya, Haji Suratin Yasin di Jalan Perumahan Timur, Bandar penawar, Kota Tinggi.

Diantara para tetamu yang hadir adalah Haji Salim, Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Selatan dan juga Haji Samsuddin Hassan, Timbalan Pengurus Besar Kejora.


Majlis yang bermula pada jam 2 petang dihadiri oleh hampir 100 orang terdiri dari ahli dan pasangan masing-masing. Jumlah kehadiran kali ini begitu memberangsangkan. Ini menunjukkan kepercayaan ahli kepada kegiatan yang dijalankan oleh persatuan.


Selain ceramah agama, membaca berzanzi dan berselawat, majlis juga dipenuhi dengan acara memotong rambut cucu Haji Suratin.


Sebelum bersurai , para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan nasi Padang asli dengan tukang masak yang dibawa khas dari Indonesia.

Tiada ulasan: