Dalam masa seminggu, 2 orang ahli kumpulan Yaasin Al-Ikhlas Jalan Jagong BBU telah meninggal dunia. Bermula dengan Jumaat lalu apabila Jemaat Ngadimon meninggal disebabkan kegagalan buah pinggang dan hari ini, Olan Ahmad mengikutinya disebabkan oleh sesak nafas.Jenazah kedua-dua rakan kami ini disemadikan di perkuburan Bukit Alif, Tampoi bersebelahan antara kedua-duanya.
Bagi Allahyarham Olan Ahmad, untuk pertama kalinya, Haji Abdul Kadir Jais telah membacakan talkin dan doa. Ia selaras dengan jawatan barunya sebagai Ketua Imam di Surau Al-Falah, BBU.
Nampaknya semakin berkuranganlah ahli kariah kami.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan