Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Julai 12, 2010

WARFARIN UBAT SAKIT JANTUNG DAN PEMBUNUH TIKUS

.

Ilmu yang saya dapat hari ini adalah mengenai "Warfarin" sejenis ubat untuk mencairkan darah. Seorang rakan Facebook, Hajar Sam memberi maklumat berikut apabila saya bertanya dengannya (baca sini):

Warfarin ialah ubat utk cair darah utk pesakit jantung. Sekira tuan ambik Warfarin, tuan kena lebih hati hati kerana warfarin sgt sensitive kepada ubat ubat yg berlawanan komposisi dgnnya. Contoh, sekira tuan ambik ubat tahan sakit, Voltaren, ia akan membuat darah tuan lebih cair. Begitu jugak dgn panadol. Sekira tuan makan ubat ini secara berterusan tanpa preskirpsi doktor, ujian INR akan terganggu. Ini juga melibatkan ubat sapu penahan sakit atau koyok yg boleh mencairkan lagi darah kita. Harap maklumat ini menjawab soalan tuan.

Saya berminat dengan Warfarin kerana saya adalah penggunanya setiap hari. Ia berpunca dari kepekatan darah dan saya pernah melalui rawatan melalui kaedah Angiograme.

"Warfarin" adalah satu perkataan yang pernah saya ketahui sejak mula bekerja dengan Felda pada tahun 1971. Ketika itu, saya mengenalinya untuk tujuan membuat racun tikus (baca sini). Setiap pegawai Felda diajar bagaimana untuk membuat racun tikus iaitu dengan mencampurkan lilin yang telah dimasak untuk mencairkannya dan juga dengan campuran kepala ikan bilis.

Sekarang, baru saya tahu Warfarin bukanlah racun sebaliknya ia digunakan untuk mencairkan darah yang boleh menyebabkan tikus mati.

Saya mesti beringat: Jangan gunakan Warfarin lebih dari sukatan kerana ia boleh menyebabkan darah cair melebihi kebiasaan dan boleh mengakibatkan kesan sampingan.


1 ulasan:

NRCN berkata...

saya salah seorang pesakit yang mengambil warfarin soudium.saya mengambilnya sejak tahun 1999 lagi masa tu umur saya baru 13tahun.saya mengambilnya selepas menjalani pembedahan penukaran 2 injap jantung saya yang rosak terkena jangkitan virus.Alhamdullillah saya sihat sekarang...