Radio Internet FuhYooFm

Ahad, Oktober 10, 2010

BETULKAH CARA MENURAP JALAN SEPERTI INI

.
Beginilah keadaan jalan yang diturap semula di Jalan Padi Ria 19, Bandar Baru Uda. Pagi tadi, saya diberitahu mengenai pertelingkahan antara penduduk dengan pekerja yang menurap jalan disebabkan bayaran yang perlu dikenakan kepada mereka yang hendak menurap menyambung antara tarupan baru dengan jalan masuk ke rumahnya sebagaimana gambar di bawah.

Gambar di atas memberi contoh keadaan dua buah rumah berdekatan yang terpaksa berbelanja sendiri hingga RM300 untuk menurap dan yang tidak diturap.

Saya tidak pasti samada cara menurap seperti gambar pertama tersebut betul sebagaimana yang diarahkan atau sebaliknya. Apa yang dilahat ialah keadaan permukaan jalan lebih tinggi dan ini menyebabkan penduduk tidak ada jalan lain melainkan menurap untuk menyambungkannya bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Sabtu, Oktober 09, 2010

MERAIKAN BAKAL HAJI BAHAGIAN JOHOR BAHRU

.
Seperti tahun sebelum ini, UMNO Bahagian Johor Bahru telah mengadakan majlis meraikan bakal haji pada tahun ini. Seramai 113 orang telah dikenalpasti akan menunaikan rukun Islam ke lima ini yang akan berangkat mulai 13 haribulan ini.

Di majlis ini, YB Dtuk Seri Utama Shahrir Samad dan YB Haji Adam Sumiru telah turut hadir meraikan mereka.

Selain ucapan Ahli Parlimen Johor Bahru, salah seorang bakal haji, Mohd Ali Khan Isa yang mewakili kesemua mereka juga telah turut berucap,

Majlis juga telah menjemput Ustaz Haji Abu Bakar Watak dari Jabatan Agama Johor untuk menyampaikan tazkirah sebagai panduan mereka untuk mendapatkan haji mabrur.

Cenderamata kenang-kenangan dari UMNO Bahagian Johor Bahru telah disampaikan oleh YB Datuk Seti Utama Shahrir Samad.

PERJUMPAAN HARI RAYA PENDUDUK PANGSAPURI PANTI

.
Malam ni saya ke majlis perjumpaan Hari Raya anjuran penduduk di pangsapuri Panti, Bandar Baru Uda. Penduduk kawasan ini rata-rata masih dalam lingkungan 20 hingga 40an. Mereka baru saja mendiami kawasan perumahan ini, rasanya belum pun sampai 2 tahun.

Dalam ucapan saya tadi, saya mengharapkan perpaduan yang berterusan dan kukuh supaya menjadi contoh kepada penduduk kawasan perumahan bertingkat khususnya di Bandar Baru Uda.

Mendiami kawasan rumah bertingkat memang banyak cabaran, apatah lagi dengan keadaan mereka yang masih muda, tentulah banyak cabaran.

Saya juga mencadangkan agar mereka mengekalkan kebersihan persekitaran disamping tidak membenarkan sesiapapun mendiri kemah atau warung untuk berniaga.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya berharap penduduk dapat membentuk jawatankuasa pembinaan surau dan membuat akaun bank bagi kemudahan mendapat kebenaran Jabatan Agama untuk membuat kutipan.

Ahad, Oktober 03, 2010

SIAPA PEMILIK KERETA TOYOTA FORTUNA JJR2215

.

Kereta jenis Toyota Fortuna berdaftar JJR2215
yang melanggar/menggesel kereta saya

Apalah malang nasib bila kereta saya Proton Iswara yang diparkir di Jalan Cokmar 5, Taman Perling telah dilanggar atau digesel oleh sebuah kereta warna hitam jenis Toyot Fortuna. Waktu kejadian adalah pada ketika azan Asar berkumandang pada hari Jumaat 1 Oktober baru lalu.

Isteri saya yang membawa kereta tersebut tidak mengetahui kejadian berkenaan, namun seorang yang saya kenali, Hj Azman Tahir telah ternampak kejadian berkenaan kerana ia berlaku di hadapan rumahnya ketika ia hendak ke Masjid Taman Perling.

Mengikut Hj Azman, kereta dengan nombor pendaftara JJR2215 telah dipandu oleh seorang wanita seperti berbangsa India telah turun melihat keadaan kereta yang dilanggar. Bagaimanapun, sambil menggeleng-geleng kepala telah melarikan diri tanpa cuba mencari pemiliknya.

Bagaimanapu, isteri saya telah membuat laporan di Balai Polis Trafik Taman Tun Aminah.


.

Sabtu, Oktober 02, 2010

DEMAM PUN MASIH BOLEH BERHARI RAYA

.
Kesihatan saya hari ini kurang memuaskan, terasa seperti demam. Saya tidak ke Masjid, sebaliknya selepas solat Subuh, saya mengambil 2 biji Panadol dan menelannya. Badan yang lemah menyebabkan saya kurang bermaya walau sempat juga upload beberapa gambar ke facebook dan update blog ini. Seterusnya, tertidur hingga tengahari.

Selepas mandi dan solat Zohor, saya gagahkan membawa isteri ke beberapa majlis rumah terbuka bersempena Hari Raya. Rumah pertama adalah Tuan Haji Abd Jalil bin Long, pengusaha makanan dan minuman berjenama Jalen di Kampong Bendahara. Memang ramai pengunjungnya. Saya hanya menjamah beberapa potong lemang kosong.

Saya diberitahu terdapat 9 pasukan marhaban wanita yang silih ganti memperdengarkan suara. Difahamkan bahawa secara senyap, kumpulan yang membuat persembahan ini akan diadili untuk diberi hadiah. Memang hebat Hj Jalil ni.

Di rumah Hj Jalil ramai pengunjung terdiri dari masyarakat di perkampungan Kg Bendahara dan juga kunjungan rakan-rakan. Isteri saya sempat bergambar dengan Herdawati Mohamad, Ketua Puteri Cawangan Pekan, Kg Melayu.

Seterusnya saya ke Taman Gembira untuk majlis rumah terbuka Misnan Ahmad, Pengerusi Biro Pembangunan dan Setinggan UMNO Johor Bahru.


Di rumah Misnan, beberapa orang lagi tetamu turut sama datang menikmati jamuan termasuk Hjh Salmah Safar, Ketua Wanita UMNO Bhg Johor Bahru yang juga Ketua Whip MBJB bersama suaminya, Hj Jaafar Mohamad.

Rumah ketiga yang dituju adalah Mohd Ali Khan Isa di Jalan Stulang Laut. Di sini, saya berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Stulang, YB Mok Chek Hau. Selainnya adalah Hj Mohd Said Ibrahim dan Rahmatullah Ajar, kedua-duanya pemimpin masyarakat di Bandar Baru Uda.

Ali Khan memberitahu beliau dan isteri akan menunaikan fardu haji pada tahun ini bersama rombongan kerajaan Johor. Tarikh berangkat adalah pada 13 Oktober melalui Lapangterbang Senai. Mudah-mudahan akan mendapat haji mabrur dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Selepas solat Maghrib dan menelan dua biji Panadol, saya ke majlis bacaan Yassin dan tahlil di rumah jiran. Ini adalah perkumpulan tahlil yassin yang mana saya menjadi pengerusinya, pasti saya akan berusaha mengikutinya walaupun dalam keadaan kurang sihat.

Saya bercadang untuk ke majlis perjumpaan Hari Raya anjuran penduduk di Kg Padu, sebuah perkampungan setinggan di dalam Zon Bandar Baru Uda. Bagaimanapun, saya terpaksa membatalkannya dengan menghubungi ketua masyarakat di situ iaitu saudara Dali.

Niat untuk terus berehat tidak kesampaian apabila Hj Nasaruddin Yunus datang ke rumah dan mengajak saya untuk meneruskan berhari raya di majlis rumah terbuka. Saya tidak dapat mengelak dan terus memakai semula pakaian baju Melayu bersamping.

Rumah yang kami tuju adalah Nurani Johar di Desa Melayu, Majidi Baru. Di sana, beberapa orang rakan telah sediaada seperti Khalid Mohamad, Borahan Kassim, Azman Dawam dan lain-lain.

Di rumah Nurani, saya hanya menjamah beberapa cucuk satay sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Hj Raihan Baba di Taman Suria.


Rumah Hj Raihan agak lengang mungkin ramai yang telah balik termasuk Dato Shahrir Samad. Begitupun, bagi saya kedatangan ke rumahnya sudah menunjukkan keikhlasan kami untuk berhari raya walaupun waktunya agak terlewat.

Sempat juga saya berbincang dengannya tentang keperluan menganjurkan majlis meraikan bakal-bakal haji yang akan berangkat pada tahun ini. Hj Raihan menyarankan agar saya dapat menghubungi Dato Shahrir bagi menentukan tarikh kelapangannya untuk turut sama hadir dalam majlis berkenaan.

Sekitar jam 12 malam, Hj Nasaruddin membawa saya balik ke rumah.

.

RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA DI KUALA LUMPUR

.
Petang semalam, saya meluangkan masa ke Kuala Lumpur untuk perjumpaan Hari Raya yang dibuat oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka di Lengkok Lengkok Bellamy, Kuala Lumpur.

Dengan menaiki kereta Hj Abd Lah Awang, kami berdua bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 5 petang dan mengambil Hj Omar Rupie serta isteri di Simpang Renggam. Kami sampai pada jam 8 malam. Ramai pemimpin yang kami temui khususnya bekas pemimpin Belia 4B yang sekarang menjadi ahli Alumni 4B.

Kedatangan kami disambut oleh YAB Datuk Seri disamping Datin Seri dengan senyuman manisnya. Begitulah gaya dan keistimewaannnya melayan tetamu.

Pelbagai hidangan yang disediakan, bagaimanapun, saya hanya mengambil dua keping ruti canai bersama sepotong ayam masak gulai asam pedas.

Setelah satu setengah jam berada di situ, kami meneruskan perjalan balik dengan singgah di R&R Pagoh untuk solat jamak Isyak dan Maghrib serta mengambil minuman panas.

Saya sampai di rumah pada jam 12.30 malam. Perkara yang pasti apabila menaiki kereta yang dipandu oleh Hj Abd Lah ialah laju dan tidak mengantuk kerana sentiasa berintraksi dengan rakan-rakannya melalui radio.


.

PROJEK BANDAR SELAMAT MBJB

.


Majlis Bandaraya Johor Bahru memasang pagar di beberapa batang jalan berdekatan bangunan Angsana dan Menara Hasil, Bandar Baru Uda yang menjadi tumpuan ramai dalam projek Bandar Selamat. Diharapkan ia dapat manfaatkan oleh pejalan kaki bagi mengurangkan perlakuan jenayah seperti ragut dan lain-lain.

.