Penduduk Bandar Baru Uda menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Mereka menunaikan solat Aidiladha di Masjid Jamek BBU dan surau-surau Skudai Kanan, AlFalah Jalan Jagong, Padi Malinja dan Muafakat.
Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, dianggarkan 5,000 orang menunaikan solat termasuk sebahagiannya jemaah wanita. Seperti kebiasaan ketika solat Aidilfitri ataupun Aidiladha, ramai pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia turut sama menunaikan solat.
Khatib bertugas pada kali ini adalah Imam Hassan Majid Al-Hafiz. Mungkin inilah kali pertama beliau mengimamkan solat raya kerana biasanya dia akan balik kampung di Kelantan. Bagaimanapun, sesuatu yang kurang biasa dilakukan oleh jemaah di masjid ini ialah menunaikan solat Tasbeh pada malam raya. Imam Hassan telah menghidupkannya dengan mengimamkan solat sunat Tasbeh secara berjemaah.
Memandangkan hari raya jatuh pada hari Jumaat, penyembelihan korban tidak dapat dilakukan pada hari pertama dan kebanyakan melakukannnya pada hari Sabtu, hari kedua.
Di Bandar Baru Uda, sebanyak 30 ekor lembu telah disembelih. 8 ekor darinya disembelih di Masjid BBU bersama 3 ekor kambing. Selebihnya adalah mengikut kumpulan seperti KRT Padi Ria, Surau Alfalah, Surau Malinja, KRT Malinja, Skudai Kanan dan Muafakat.
Semua kerja-kerja dibuat secara bergotongroyong.