Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Jun 30, 2008

BERJUMPA DENGAN DATO' HJ NOH OMAR



Malam tadi saya dapat bertemu dengan Dato' Hj Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Hotel Hyatt, Johor Bahru.

Perjumpaan dengan beberapa rakan yang lain telah dapat mencanai pemikiran dan pergolakan politik semasa terutama di tanah air. Saya dan rakan-rakan bersetuju supaya pimpinan UMNO di peringkat nasional mesti dikekalkan. Penambahbaikan boleh dilakukan dengan cara yang teratur supaya kerosakan yang ada tidak bertambah parah.

IBU BAPA YANG TIDAK DIPEDULIKAN OLEH ANAK-ANAK



Gambar arwah bapak (kelainannya ialah bapak tidak pernah lupa memakai songkok, kupiah atau serban ketika berada di luar rumah) ketika diminta oleh Pegawai Pendaftaran untuk tidak memakai kupiah dan gambar emak dalam tahun 70an, seiras dengan salah seorang adikku.. Junainah

Hampir sebulan saya tak balik kampung dan berjumpa emak. Memang rasa rindu. Setiap hujung minggu ada sahaja program yang mesti didahulukan. Hari-hari yang lain adalah masalah Syafikah yang mesti ke sekolah.

Petang semalam emak telefon dan bertanya khabar. Minggu lalu, apabila saya dimasukkan ke hospital, saya tidak memberitahunya kerana tidak mahu beliau bersusah payah datang ke Johor Bahru sedangkan dirinya juga begitu uzur. Sebagai seorang ibu, tentulah ia ingen tahu mengenai kesihatanku. Pagi ini, adik yang balik dari kampung membawa kuih yang emak bekalkan. Begitulah kasih sayang emak kepada anaknya. Belum tentu anak dapat memberi kasih sayang yang sama. Kasih dan pengorbanannya tidak ternilai harganya. Kerana keprihatinlah, ia mengambil berat dan mengambil tahu mengenai anaknya.

Emak memang sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini didorong oleh keinginannya melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidup. Sebaliknya, ada diantara anak yang melihat keperihatinannya disalahanggap. Ada yang mengatakan ibu suka membebel sedangkan apa yang dibebelkan adalah untuk masa depan mereka. Malah ada yang mengatakan mengapa mesti mencampuri hal keluarga anak-anak yang bertanggapan mereka telah dewasa dan tahu menjaga dan menguruskan keluarga sendiri.

Memang emak bapak kita tidak sepandai anak-anaknya. Tanpa keduanya yang dengan penuh kasih sayang serta pengharapan yang tinggi, pengorbanannya dari sejak dalam kandungan sehingga kita berjaya, tidak mungkin sama dengan pengorbanan anak-anak kepadanya.

Sebab itu, tidak hairan apabila kita melihat ada diantara warga yang berada di rumah kebajikan untuk orang-orang tua, terdapat mereka yang tidak dipedulikan oleh anak-anak mereka.

Berilah kasih sayang kepada ibu bapa kita dengan apa saja pengorbanan. Kasih suami atau isteri tidak sama dengan mereka berdua. Selagi keduanya masih ada di dunia ini, lawati dan hubungi selalu. Berilah doa dan pelbagai kebajikan yang kita sedekahkan kepadanya sekiranya mereka telah berada di alam barzakh.

Ahad, Jun 29, 2008

PERTEMUAN KU LI DI HOTEL M-SUITE JOHOR BAHRU






Petang tadi saya dipelawa untuk bersama-sama mendengar ceramah YBM Tengku Razali Hamzah di M-Suite Johor Bahru. Peluang ini memang tidak saya lepaskan untuk mendengar dari patah perkataannya tentang keinginannya mengetuai kepimpinan UMNO.

Lama juga menunggu, dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Ketibaannya disambut bak pahlawan oleh penganjur (kebanyakannya warga emas) berpakaian Melayu lengkap bersamping dengan paluan kompang dan selawat nabi. Bunga-bunga manggar dan bunga telur dibawa masuk mengiringi tetamu. Dua sepanduk terpampang menyambut ketibaan dengan pemuda pemudi belasan tahun di kiri dan kanan.

Selepas menyanyi lagu-lagu Bangsa Johor dan Negaraku, dimulakan dengan bacaan doa. Memulakan ucapan alu-aluan ialah Haji Nasir Ahmad, bekas Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Pulai di zaman kegemilangan Tan Sri Dato’ Mohamad Rahmat. Selaku Pengerusi Penaja Kelab Vateran (P) Melayu Johor yang menganjurkan perjumpaan ini, beliau menyatakan bahawa sepatutnya perjumpaan ini diadakan di Dewan Raya Taman Cempaka, malangnya telah tidak diberi kebenaran oleh pihak yang berkuasa. Begitupun beliau merasa bangga kerana dapat meneruskannya dan mendapat sokongan dari rakan-rakan dari Muar, Kluang dan Johor Bahru.

Beliau sangat berharap agar orang-orang Melayu yang memperjuangkan kebangsaan agar berani membuat perubahan sebagaimana orang-orang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.

Majlis diteruskan dengan ucapan bekas ADUN Selangor dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mazlan Haron. Ucapannya banyak menyentuh mengenai kekalahan BN di beberapa negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyebabkan kebangkitan bukan Melayu sehingga berani mempersoalkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai contoh, Persatuan Peguam telah membuat seminar yang berkaitan dengan kontrak sosial. Begitu juga dengan teguran yang berkait dengan ketuanan Melayu dan institusi Raja-raja Melayu.

Tarikh 8 Mac 2008 merupakan satu tarikh orang-orang Bukan Melayu menunjukkan kuasa. Mereka cuba melaksanakan konsep Malaysia untuk orang-orang Malaysia (Malaysian Malaysia) dan cuba menunjukkan kelemahan pimpinan bangsa dan mengikis ketuanan Melayu.

Mazlan menyalahkan pimpinan UMNO dan pimpinan yang lemah dengan memberi contoh busuknya ikan bermula dari kepalanya menjadi faktor penting. Seterusnya beliau berharap akan berlaku perubahan dalam pimpinan pada pemilihan bulan Disember yang akan datang.

Penceramah berikutnya adalah Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman. Beliau merupakan ahli politik dari UMNO juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Kawasan Lepar. Beliau merupakan Setiausaha UMNO Negeri Pahang. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha UMNO pada 8 Apirl 2008 setelah meminta semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Khas untuk melantik anggota MT yang baru berikutan prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Beliau berhujah bahawa ahli-ahli parti terutama mereka yang mempunyai jawatan mesti diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan tidak sepatutnya disekat atau diberi pelbagai syarat yang boleh menyebabkan pemikiran mereka terkongkong.

Raja-raja Melayu adalah tempat berlindung dan sepatutnya diletakkan di tempat yang tinggi serta dipertahankan. Peristiwa yang berlaku selepas PR12 sepatutnya menjadi pengajaran.

Seterusnya, Kamal Amir Kamal Hijaz melontarkan pandangannya dengan penuh emosi dan mempersoalkan warga asing yang akan menguasai ekonomi Johor terutama di Wilayah Pembangunan Iskandar selain Pulau Batu Putih yang telah tergadai ke Singapura.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang, inflasi dan kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain dari itu, beliau juga memberi ingatan tentang “Tata Etika Ahli UMNO” bertarikh 27 Mac 2008. Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pemimpin dan ahli UMNO ini disemua peringkat ini rata rata yang disifatkan ramai sebagai “tidak demokratik dan terlalu mengongkong”. Ia juga menyebabkan ahli-ahli tidak dapat mengadakan pertemuan dan perjumpaan.

Ucapan yang ditunggu-tunggu dari YBM Tengku Razali Hamzah seperti menghampakan sebahagian yang hadir kerana ucapannya yang pendek dan hanya berkisar kepada ‘Kod Tata Etika Ahli UMNO’ serta mempersoalkan anggota Polis dari Cawangan Khas yang dikatakan bersama-sama dalam perjumpaan tersebut.

Selain itu, Pulau Batu Putih sepatutnya tidak terserah kepada Singapura kerana adalah jelas ia kepunyaan Kerajaan Johor berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang.

Dianggarkan mereka yang hadir adalah seramai 150 orang. Tiada Ketua UMNO Bahagian yang hadir melainkan beberapa orang yang saya fikir kedatangannya adalah sekadar ingin tahu seperti Hj Bachok Nohong dari (Tebrau), Hj Manap (Tenggara), Omar (Kulai), Hj Mohd Said Ibrahim (Johor Bahru) dan beberapa Ketua Cawangan dari Bahagian Gelang Patah dan Pulai.

Anehnya ialah Tengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat (Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai) yang dikatakan sebagai Penaung Kelab Vateran (P) Melayu Johor, tidak pula berucap. Sebaliknya dikatakan beliau mengadakan jamuan malam dirumahnya berdekatan dengan Hotel M-Suite.

Ahli-ahli yang hadir juga tidak diberi peluang untuk bersoal jawab. Tidak pula dinyatakan puncanya.

Pertemuan yang berakhir pada jam 6 petang mungkin mengecewakan Ku Li sekiranya beliau tahu bahawa mereka yang hadir tidak mempunyai kekuatan untuk mencalonkannya sebagai Presiden dalam mesyuarat perwakilan yang akan diadakan pada bulan Oktober ini.

Isnin, Jun 23, 2008

BERDIALOG DENGAN PERDANA MENTERI






Hari Ahad 22 Jun 2008 merupakan sejarah kerana saya diberi peluang berucap di Putra World Trade Centre (PWTC) di hadapan YAB Perdana Menteri dan Ketua-ketua UMNO Cawangan seluruh negeri Johor.

Mewakili rombongan Ketua Cawangan dari Bahagian Johor Bahru, saya telah mengemukakan beberpa persoalan yang perlu diberi jawapan dan cadangan untuk perlakasanan kerajaan sekiranya ia releven.

Soalan Pertama: Saya mengatakan bahawa krisis kepimpinan dan keyakinan mempunyai hubungkait dengan suara-suara yang diluahkan oleh bekas Perdana Menteri (Tun M) sejak dari awal lagi. Kami ingin mengetahui apakah puncanya dan mengapa perjumpaan pertama yang telah diadakan antara kedua pemimpin ini tidak menunjuk kesan positif malahan asakan dari Tun M lebih hebat?. Jawapan YAB PM ialah beliau telah memberi penjelasan kepada semua perkara yang dibangkitkan tetapi apa yang beliau boleh lakukan sekiranya Tun M masih tidak berpuas hati dan berterusan menyerangnya.

Soalan Kedua: Dalam Pilihanraya Ke 12 (PR12), jelas kemorosotan sokongan Barisan Nasional diantaranya adalah berpunca dari pengundi bukan Melayu. Banyak faktor mengapa mereka menolak BN seperti mereka tidak puas hati dengan kakitangan kerajaan yang dimonopoli oleh orang-orang Melayu dan cara mereka bekerja yang tidak effisyen dan menerima rasuah. Jawapan YAB PM ialah beliau sedar mengenai perkara ini dan sememangnya Kerajaan banyak bergantung kepada keberkesanan kerja mereka. Beliau akan terus memberi tumpuan dalam hal ini dan berharap Parti tidak terus bergantungan kepada mereka. Tumpuan Parti pada masa akan datang adalah memberi pemerhatian dan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Soalan Ketiga: Pengundi Cina ramai terpengaruh dengan berita meluas dari akhbar-akhbar berbahasa Cina yang tidak memehak kepada Kerajaan. Jawapan YAB PM ialah beliau akan mengarahkan media kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara yang disalahtafsir dan kenyataan negetif dari media berkenaan.

Soalan Keempat: Pengundi muda Melayu terutama dari kawasan bandar juga kurang memberi sokongan kepada BN dalam PR12 terutama mereka yang menggunakan blog dan laman web mengganti media cetak dan elektronik yang dikatakan banyak memehak kepada kerajaan. Mengapa sehingga kini UMNO tidak mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah tersebut. Jawapan YAB PM ialah beliau akan mengarahkan supaya semua Bahagian UMNO menyediakan laman web dan blog untuk menarik minat mereka dan memberi penjelasan yang betul.

Berikutan dengan kenaikan harga minyak dan dikatakan menyebab bebanan kepada pengguna, maka saya telah memberi beberapa syur dan cadangan agar ia dapat dipertimbangan serta dilaksanakan oleh kerajaan.

Cadangan Pertama: Mencadangkan effisienkan pengangkutan awam terutama di bandaraya Johor Bahru seperti memperbanyakkan bas mini dan memberi perkhidmatan di kawasan taman perumahan.

Cadangan Kedua: Menstrukturkan semula kadar tol lebuhraya dengan mengurangkan bayaran tol kepada pengguna kenderaan berkuasa kuda (c.c.) kecil atau lebih rendah seperti 1,000 c.c. ke bawah.

Cadangan Ketiga: Menyediakan stesyen minyak khusus kepada kenderaan dari luar negara terutama di selatan dan utara semenanjung dengan harga petrol yang tidak sama dengan harga untuk warganegara sekiranya ia bersabsidi.

Mengakhiri ucapan, saya telah meminta YAB Perdana Menteri dan seluruh warga UMNO supaya melihat semula segala tindakan dan perlakuan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anuar Ibrahim sejak dari dahulu hingga sekarang. Saya menjelaskan bahawa Pemuda UMNO Johor telah tidak percaya kepada pimpinannya sejak mula ia memegang jawatan UMNO. Saya membuktikan bahawa saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai pernah mencadangkan Syed Hamid Albar untuk menentang beliau sebagai ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan telah diberi sokongan oleh Bahagian-bahagian di Negeri Johor dan beberapa negeri yang lain. Terbukti bahawa tindakan kita pada masa tersebut adalah betul.

Soalan-soalan, cadangan, hujah dan kenyataan yang diutarakan nampaknya dapat diterima oleh audien yang hadir berdasarkan dari tepukan dan ucapan tahniah selepas saya mengakhiri ucapan.

MASUK HOSPITAL

Ibu jari dan jari telunjuk yang rasa kebas serta lengan kanan berasa lenguh membuatkan saya ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada hari Khamis lalu. Saya diarah ke wad kecemasan dan dalam pemeriksaan doktor, saya telah diarah masuk wad kerana disyaki mendapat 'minor stroke'.

Tekanan darah agak tinggi (108). Saya sendiri terkejut. Mungkin pada malam itu celik sepanjang malam di hadapan komputer sambil menonton perlawanan bolasepak euro80.

Saya memang tidak memberitahu sesiapapun kerana pada biasanya ramai rakan-rakan akan datang melawat sedang penyakit ini pun tidaklah seteruk manapun. Begitupun pada petang itu terpaksa memberitahu Hj Razak Mohamad, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama BBU kerana tidak dapat menghadiri mesyuarat jawatankuasa yang sedang berlangsung. Malam itu berdering-dering telefon bertanyakan kesihatanku.

Saya ditempatkan di Blok Dahlia bersama mereka yang menerima rawatan yang kebanyakannya kencing manis dan darah tinggi.

Alhamdullillah, setelah dibuat x-ray jantung, perut dan kepala, didapati semuanya tidak bermasalah dan doktor mengsyaki masalah urat. Saya telah dirujuk kepada doktor tulang (Dr. Azmi). Dari pemeriksaannya, beliau mencadangkan supaya saya membuat pemeriksaan lanjut pada masa yang akan ditentukan.

Saya dibenarkan pulang ke rumah dan di dalam perjalanan balik mendapat panggilan telefon dari pejabat UMNO Bahagian yang mengkehendaki saya ke Kuala Lumpur pada hari esoknya.

Mudah-mudahan kegagalanku menunnaikan solat Jumaat pada hari itu akan mendapat pengampunan dari Allah swt.

Khamis, Jun 19, 2008

GAMBAR-GAMBAR LAWATAN DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI KE MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA PADA 17.6.2008
























KOMEN LAWATAN DATO' ZAHID HAMIDI KE MASJID JAMEK BBU

BERITA MENGENAI LAWATAN DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI KE MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA PADA 17 JUN 2008:

Masjid Hadhari di setiap negeri
JOHOR BAHRU 17 Jun - Kerajaan berhasrat menubuhkan Masjid Hadhari di setiap negeri pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, idea itu mengambil contoh Masjid Bandar Baru Uda di sini yang bukan sahaja menjadi institusi untuk beribadat, malah berjaya menyatupadukan ummah pelbagai peringkat menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan.

"Berdasarkan maklumat, masjid ini yang mewujudkan pelbagai aktiviti boleh menjadi contoh pelaksanaan Masjid Hadhari di negeri-negeri lain.

"Ini kerana segala aktiviti yang dilaksanakan melibatkan segenap lapisan masyarakat serta memberi manfaat kepada pelbagai pihak seperti menjadi pusat dialisis, dana kebajikan, bantuan pelajar, Yayasan Masjid Bandar Baru UDA dan beberapa aktiviti lain," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Johor termasuk mengadakan kunjungan ke atas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, menghadiri taklimat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan lawatan ke Masjid Bandar Baru Uda.

Turut hadir Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, Pengarah MAIJ, Datuk Zalil Baron serta para pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid berkata, antara ciri yang diambil kira untuk menjadikan masjid itu Masjid Hadhari termasuk mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah setiap waktu, pengurusan masjid secara berhemah dan mengadakan pelbagai aktiviti selepas solat.

"Turut diambil kira adalah pihak pengurusan masjid mampu mendapatkan sumber pendapatan menerusi aktiviti yang dijalankan untuk membiayai pengurusan masjid dengan menjalankan perniagaan atau sumbangan daripada umum," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengisytiharkan Masjid Bandar Baru Uda sebagai Masjid Hadhari di Johor.

BACA KOMEN INI YANG DIPETIK DARI TRANUNGKITE ONLINE. BETUL KE? SIAPA AJK YANG PRO PAS TU? SIAPA PULA PENCERAMAH HARIAN YANG PRO PAS?

Sebenarnya
p'iktirafan ni
adalah 1 p’hargaan
wat AJK Msjd Bandar Baru UDA ( BBU )

Mrka terdiri dr klgn ustaz, engineer, doktor, guru, usahawan dll
Kecekapan pengurusan dan professionalisme mrka
adalah manifestasi drpd komitmen mrka t’hadap Islam
sbb tu x heran 90% drpd mrka adalah pro-PAS

Imagine jk pengurusan Msjd BBU serah pd pro-UMNO yg jumud
alamat 'mati' la masjid tu
cm ada solat fardhu dan Jumaat je
slebihnya tutup lampu & kunci pintu
malah jamaah Tabligh nak tumpang dakwah pun x bole
amalan ni dah jd lumrah di surau2 / masjid2 pro-UMNO sluruh Johor

Teringat kes pemecatan
bekas Imam-1 Msjd BBU pd 2001 ( Hj. Arshad )
Pemecatan yg didalangi oleh pihak pro-UMNO yg x puashati
hnya krn Hj. sering kelihatan di ceramah2 PAS
walaupun komitmennya pd tugas x penah terabai

1 tika dulu
dinding dan tembok Msjd BBU penah b’gegar
dgn ceramah2 Dato’ Ismail Kamus, Dr. Haron Din, Dato’ Dr. Harussani, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan ramai lg..

Hingga kini
Ustaz2 yg bg kuliah harian, kuliah mingguan, kelas muslimat
smuanya dr kalangan pro-PAS
yg menyampaikan ilmu tanpa tapisan
namun penuh hikmah dan b’strategi

Malah
PAS Kawasan Johor Bahru sering wat demo di Msjd BBU
Jika melibatkan isu Negeri, Msjd BBU jg jadi antara lokasi wajib
b’langsungnya demo anjuran PAS Negeri Johor
Isu melibatkan Islam dan ummat, maka tiada halangan bg AJK Masjid

Suasana ni makin kuat bila sluruh ribuan jamaah Msjd
berdiri teguh di blkg phk pengurusan
dan sntiasa bg sokongan padu
tnpa gentar dgn sebarang tekanan

Alhamdulillah
inilah resipi kekuatan dan kejayaan Msjd BBU
hingga diiktiraf kerajaan BN

13 tahun aku menetap di BBU
iaitu sblm kewujudan Masjid BBU ni lg


BIAR SAYA BERI PENJELASAN MENGENAI KOMEN TERSEBUT KERANA SAYA YAKIN BELIAU HANYA MENAFSIR DARI SUDUT DAN PANDANGAN MENGIKUT KEPARTIANNYA SAHAJA, BUKAN DARI FAKTA SEBENAR!



Sebenarnya
p'iktirafan ni
adalah 1 p’hargaan
wat AJK Msjd Bandar Baru UDA ( BBU )


Saya adalah salah seorang AJK Tadbir sejak masjid mula digunakan pada tahun 1997. Kami tidak pernah mengharapkan pengiktirafan atau penghargaan dari mana-mana pihak. Malahan tidak pernah merasa kecewa kerana tidak mendapat penganugerahan dari Kerajaan Johor yang menhadiahkan masjid cemerlang pada setiap tahun. Keikhlasan kerja kami akhirnya mendapat pengiktirafan Anugerah Khas Masjid Cemerlang 1429H dari Kerajaan Johor dan Masjid Hadari dari Jabatan Perdana Menteri. Apa yang lebih penting bagi kami agar masjid ini bukan sahaja menjadi tempat beribadat bahkan lebih dari itu ialah sebagai pusat komuniti bagi penduduk BBU. Sebab itulah segala kegiatan yang dijalankan akan menrangkumi pelbagai aspek kehidupan bahkan kelulusan oleh Kerajaan Negeri untuk menukar status hakmilik tanah pajakan 99 tahun kepada hakmilik kekal, telah diusaha dan dilakukan melalui Jawatankuasa masjid ini melalui perantara yang berwibawa iaitu Dato' Shahrir Samad!

Mrka terdiri dr klgn ustaz, engineer, doktor, guru, usahawan dll
Kecekapan pengurusan dan professionalisme mrka
adalah manifestasi drpd komitmen mrka t’hadap Islam
sbb tu x heran 90% drpd mrka adalah pro-PAS


Latarbelakang Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

Pengerusi: Hj Sulaiman Sujak (Bekas Pengetua Sekolah Menengah)
Timbalan Pengerusi: Mohd Sunawan Md Som (Bekas Pegawai Khas Wakil Rakyat)
Setiausaha: Hj Yahya Mokhtaram (Bekas Pendidik)
Penolong Setiausaha:
Bendahari: Hj Hussin Ismail (Akauntan)
AJK: Hj Ali Zaiton (Peguam), Hj Subari Manan (Bekas Kerani Pos), Hj Munadi Muhajir (Imam 1), Hj Khaidir (Bekas Pensyarah), Zahrin Saniman (Pengusaha Pembersihan), Hj Fathil Mohamad (Pengusaha Percetakan), Hj Abdullah Saaban (Pengusaha Pemajuan) dan Hjh Rabiah (Bekas Kerani Pos).

Sebahagian dari mereka adalah pemimpin dan penyokong UMNO dan diantaranya berjawatan AJK Bahagian dan AJK Pemuda Bahagian. Begitupun, kami tidak pernah menggunakan jawatan parti dalam mentadbir masjid melainkan ianya boleh memberi manfaat kepada institusi dan tentunya kepada kariah. Mana bukti 90% daripada kami adalah pro-PAS?

Imagine jk pengurusan Msjd BBU serah pd pro-UMNO yg jumud
alamat 'mati' la masjid tu
cm ada solat fardhu dan Jumaat je
slebihnya tutup lampu & kunci pintu
malah jamaah Tabligh nak tumpang dakwah pun x bole
amalan ni dah jd lumrah di surau2 / masjid2 pro-UMNO sluruh Johor


Kami sentiasa memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan 'Rumah Allah' selagi tidak menyalahgunakannya, bukan sahaja jamaah Tabligh bahkan penyokong dan pemimpin parti-parti politik tidak kira parti kerajaan atau pembangkang, asal saja tidak menggunakannya untuk kepentingan parti yang boleh memporakperandakan masyarakat seperti mewujudkan puak dan kumpulan tertentu di dalam masjid.

Teringat kes pemecatan
bekas Imam-1 Msjd BBU pd 2001 ( Hj. Arshad )
Pemecatan yg didalangi oleh pihak pro-UMNO yg x puashati
hnya krn Hj. sering kelihatan di ceramah2 PAS
walaupun komitmennya pd tugas x penah terabai


Pemberhentian Imam Hj Arshad Banjari bukanlah disebabkan beliau sering kelihatan di ceramah-ceramah PAS dan setahu kami Imam ini tidak pernah pun menghadiri ceramah yang dimaksudkan. Sebaliknya, kesalahan beliau adalah beliau mengingkari arahan kerja sebagaimana penerimaan beliau dalam surat tawaran kerja. Sebagai imam, ada peraturan yang menyatakan bahawa beliau mesti berada dalam kawasan bertugas samada shift antara subuh dan asar atau dari asar ke isya'. Kesalahannya ialah dalam waktu bertugas, beliau mencuri keluar untuk membuat kuliah di tempat lain seperti kuliah maghrib. Ingatan secara lisan dan bersurat telah diberi kepadanya, malangnnya beliau masih mengingkari.

Yang menjadi aneh adalah tuan yang punya badan (Hj Arshad) tidak membantah atas pemberhentiannya tetapi ia telah dieksplotasi oleh penyokong parti PAS dengan mengedarkan surat bantahan yang ditandatangani oleh kariah. Kami mengenalpasti pendokong bantahan ini dan keikhlasan Jawatankusa Tadbir membenarkan perbincangan terbuka di dalam masjid selepas solat isya' telah digunakan sepenuhnya oleh golongan ini dengan membawa penyokong dari luar. Tidak pernah berlaku dalam sejarah masjid ini apabila kedengaran laungan 'takbir' di dalam ruang solat masjid sebagaimana laungan yang biasa kedengaran dalam ceramah-ceramah PAS. Ketika itu, suasana agak panas dan Pengerusi Jawatankuasa Tadbir, Allahyarham Hj A Samad (bukan pemimpin UMNO) hampir tidak dapat mengawal majlis. Bagaimanapun, beliau mengambil langkah bijak dengan memberhentikan muzakarah yang tidak mendatangkan sebarang keputusan. Ia hanya memperlihatkan puak tertentu yang ingin mengambil kesempatan dari isu ini.

1 tika dulu
dinding dan tembok Msjd BBU penah b’gegar
dgn ceramah2 Dato’ Ismail Kamus, Dr. Haron Din, Dato’ Dr. Harussani, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan ramai lg..


Kami tak pasti samada tembok dan dinding masjid bergegar kerana penceramah yang dimaksudkan. Kedatangan mereka adalah atas jemputan Jawatankuasa Tadbir kerana keupayaan mereka berceramah dan bukan kerana sokongannya kepada parti tertentu.

Hingga kini
Ustaz2 yg bg kuliah harian, kuliah mingguan, kelas muslimat
smuanya dr kalangan pro-PAS
yg menyampaikan ilmu tanpa tapisan
namun penuh hikmah dan b’strategi


Benarkah kesemua penceramah di masjid BBU ini dari kalangan pro-PAS? Kami tidak pasti samada mereka pro atau tidak. Yang pasti ialah mereka hendaklah mempunyai tauliah untuk berceramah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor dan mulai tahun ini kami telah membuat kertas penilaian yang dibuat oleh responden yang terdiri dari para jamaah masjid. Keputusan yang diterima ialah sebahagian besar penceramah boleh diterima dan patut diteruskan khidmatnya.

Kalaulah benar penceramah yang pro-PAS ini berstrategi, tentulah undi pembangkang meningkat di 3 tempat pusat pembuangan undi. Anehnya ialah peratusan undi kedua-dua calon BN meningkat di BBU berbanding PRU11. Peratusan undi pembangkang tidak pun mencecah 15 peratus.

Malah
PAS Kawasan Johor Bahru sering wat demo di Msjd BBU
Jika melibatkan isu Negeri, Msjd BBU jg jadi antara lokasi wajib
b’langsungnya demo anjuran PAS Negeri Johor
Isu melibatkan Islam dan ummat, maka tiada halangan bg AJK Masjid


Memang benar demo anjuran PAS pernah diadakan di luar bangunan masjid ini. AJK masjid memang tidak menghalang kerana mereka mengadakannya secara tetiba dan tidak pernah membuat permohonan malahan tidak membuat sebaran sebelumnya. PAS tahu jamaah yang hadir setiap Jumaat begitu ramai dan ia mengambil peluang. Soalnya ialah berjayakah ia dalam demo tersebut? Berapa ramai yang mendengar atau yang bersimpati?.

Bagaimana ia akan mendapat simpati kalau mereka lebih mengutamakan demo berbanding solat jenazah seperti apa yang pernah berlaku di masjid ini beberapa bulan lalu.

Bukan itu sahaja, pernah berlaku PAS pernah mengadakan ceramah di sebuah rumah yang terletak tidak begitu jauh dengan masjid, walaupun mereka tahu pada ketika yang sama pihak masjid mengadakan ceramah dalam majlis hari kebesaran Islam.

Suasana ni makin kuat bila sluruh ribuan jamaah Msjd
berdiri teguh di blkg phk pengurusan
dan sntiasa bg sokongan padu
tnpa gentar dgn sebarang tekanan

Alhamdulillah
inilah resipi kekuatan dan kejayaan Msjd BBU
hingga diiktiraf kerajaan BN


Syukur alhamdullillah, mudah-mudahan jamaah, kariah di BBU akan terus memberi sokongan kepada kami pentadbir masjid kerana mereka tahu di kalangan AJK tidak mempunyai kepentingan bahkan pengorbanan dan perkhidmatan kami adalah ikhlas dan hanya mengharapkan keberkahan dari Allah swt.

Kami berdoa semoga suasana aman tenteram di masjid ini akan terus berkekalan dan berharap tidak sekali-kali dipergunakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan kepartian.

13 tahun aku menetap di BBU
iaitu sblm kewujudan Masjid BBU ni lg


Tidak tahulah siapa beliau yang telah 13 tahun menetap di BBU ini. Soalnya ialah adakah selama 13 tahun ini beliau sentiasa mengikuti perkembangan serta kuliah yang sentiasa diadakan di masjid ini?

Saya telah menetap perumahan yang aman ini semenjak bulan Julai 1981 iaitu dari bermulanya penduduk bermastautin dengan berbagai kepayahan kerana tidak mempunyai surau dan masjid.

Siapa yang membangun surau dan masjid ini? Begitu sukar kita membangunkannya dan begitu relanya kita mentadbir tanpa memikirkan soal kepartian, maka janganlah semudah kita merosakkan perpaduan dan kejayaan yang telah dicapai kerana kepentingan tertentu.

JUMLAH TERKINI AHLI PBKF JOHOR SELATAN

Mengikut rekod di pejabat Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF), jumlah keahlian terkini termasuk ahli yang telah meninggal dunia adalah seramai 2,969 orang. Setelah dibuat semakan, jumlah ahli-ahli di Johor (tidak termasuk dari daerah Muar, Tangkak dan Segamat) adalah seramai 300 orang (tidak termasuk yang telah meninggal dunia).

Mungkin masih ramai yang masih belum menjadi ahli dan inilah tugas yang sedang menanti. Masalahnya ialah bagaimana untuk menghubungi bekas kakitangan ini? Inilah tanggungjawab yang mungkin berat tetapi akan menjadi ringan sekiranya semua pihak dapat bekerjasama.

Dan yang lebih penting ialah bagaimana ahli dapat manfaat dari persatuan kerana ia akan menjadi pendorong kepada rakan-rakan yang lain untuk mendaftar sebagai ahli yang baru.

MENANTI PELANCARAN LAMAN WEB PBKF

Cadangan saya agar Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) mewujudkan laman web sendiri nampaknya hampir terlaksana.

Petang tadi, Erma dari Prodata Felda telah menunjukkan hasil kreatifnya membina 3 contoh dan agak menarik. Mungkin ada beberapa cadangan lain perlu dimasukkan seperti bagaimnana untuk berinteraksi antara ahli dan juga pelawat.

Pengalaman ahli persatuan juga boleh dipaparkan selain bagaimana untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat rakan-rakan yang pernah bekerja sepejabat dan sebagainya.

Tak sabar rasanya menanti pelancaran laman web PBKF dan pastinya ucapan tahniah awal kepada Erma dan Noradabi atas usaha-usaha ini.

SERONOKNYA BERBORAK

Hampir tiga minggu saya tidak mengikuti kelas taranum. Selepas solat Isya' saya terus ke Surau Taman Nisa untuk mengikuti kelas, malangnya kelas dibatalkan kerana guru mempunyai urusan yang lain.

Kami berempat, Haji Razif, Zaaba dan Abdul Rahman terus mencari kedai minuman untuk berbual-bual (berborak) di Bandar Baru Uda. Hampir tiga jam juga kami berbual. Tentulah dari berbagai topik, pastinya isu politik yang paling menarik untuk diperbualkan sehingga jam 12 tengahmalam. Biasanya waktu itupun kami masih belum beredar dari tempat belajar.

Memang seronok kalau kita dapat berborak begitu walaupun hanya dengan secawan teh kosong. Sebab itulah kedai-kedai mamak penuh pada waktu malam sebab pengusaha kedai mamak ini tidak pernah marah kepada pelanggan walaupun berjam-jam mereka di situ. Inilah kelebihan kedai mamak berbanding pengusaha restoran lainnya.

BERKARAOKE BERSAMA ISTERI




Malam semalam, Haji Subari (Pengerusi Biro Kebajikan Masjid BBU) membawa kami ke restoran makanan laut di Senibung. Ramai juga yang pergi termasuk AJK Masjid BBU, imam, bilal dan petugas yang membantunya dalam kerja-kerja katering. Rasanya tidak kurang 30 orang yang bersama. Mudah-mudahan tugas ikhlas beliau dan petugas yang lain akan berterusan dan mendapat ganjaran dari Allah swt. Amin.

Dalam perjalanan balik, saya dan isteri singgah di Larkin Perdana dan sempat menyanyi beberapa lagu evergreen yang dipopularkan oleh Victor Hutabarat dan Tiar Ramun. Beberapa lagu islami seperti yang bertajuk 'Tuhan' tak sempat nak dinyanyikan kerana waktu yang agak lewat. Selain itu, beberapa pengunjung talah mula masuk. Agak segan juga kalau ada orang lain yang mendengar kerana suara pun bukanlah sedap sangat.

Sudah agak lama juga tidak menyanyi mungkin hampir dua tahun. Untuk sesekali bersama isteri, apa salahnya.

JEJARIKU SAKIT

Beberapa hari kebelakangan ini, saya tak dapat menulis dalam blog ini kerana kesibukan membuat persiapan lawatan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Masjid Bandar Baru Uda.

Dalam masa yang sama ibu jari dan jari telunjuk terasa kebas serta sengal di lengan kanan. Besok pagi saya akan berjumpa doktor dan berharap ia tidak melarat.

Memang banyak perkara yang hendak dinukilkan di sini, apakan daya kerana jejari ini membataskan penulisan.

Mudah-mudahan esok dan seterusnya saya akan dapat meneruskan penulisan dalam blog ini.

GUNAKAN GANTINAMA 'AKU' KEPADA 'SAYA'

Mulai tulisan ini saya akan menggantikan gantinama 'aku' kepada 'saya' sebagaimana yang dicadangkan oleh seorang rakan, R Azmi Md Aris. Katanya lebih sesuai menggunakan perkataan 'saya' walaupun rasanya agak canggung juga kerana perkataan 'aku' menunjukkan ia lebih menjiwai dan lahir dari diri sendiri.

Sabtu, Jun 14, 2008

KENDERAAN GUNA NGV TIDAK MENDAPAT REBET

Tengahari tadi saya mendengar berita dari TV menyatakan kenderaan yang menggunakan NGV tidak akan mendapat bayaran rebet. Sebagai pengguna, saya merasa agak terkilan bukan kerana tidak mendapat bayaran rebet tetapi disebabkan saya telah mematuhi arahan Kerajaan dengan membuat pemeriksaan PUSPAKOM dan seterusnya mendaftarkannya dengan JPJ.

Saya rasa selepas ini ramai pengguna akan menggunakan NGV tetapi tidak akan melapor kepada PUSPAKOM dan JPJ. Rebet yang diterima untuk 5 tahun sudah cukup untuk memasang peralatan ini.

Soalnya sekarang ialah adakah stesyen NGV telah mencukupi dan dapat menampung keperluan pengguna? Bolehkah disenaraikan stesyen-stesyen NGV di seluruh negara? Dimana stesyen NGV di negeri-negeri Kelantan, Trengganu, Perak, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak?. Di Johor, hanya di Johor Bahru yang mempunyai beberapa stesyen dan sebuah di Kluang.

Sebagai salah seorang pengguna NGV yang dilengkapkan dalam kereta Proton Iswara, saya hanya boleh menggunakannya di Johor Bahru dan untuk keluar dari daerah ini hanya boleh terus Ke Kuala Lumpur, Seremban atau Melaka. Itupun di jalan-jalan Persekutuan dan tidak di Lebuhraya Utara/Selatan. Di Melaka ada 2 stesyen sementara di Seremban terdapat 3 stesyen.

Selepas ini, pasti ramai pemilik kenderaan yang akan menggunakan NGV walau terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan bekalan. Begitupun, mereka masih boleh menggunakan petrol walaupun dengan harga yang lebih mahal berbanding harga NGV.

Kesan kenaikan harga minyak juga dirasai oleh kami pengguna NGV. Fikirkanlah.

MENAMBAH INFAQ UNTUK MENGURUSKAN MASJID




Kutipan infaq setiap Jumaat perlu dimanfaatkan dan diuruskan dengan amanah serta bertanggungjawab

Kewangan bagi menguruskan sesebuah masjid kariah begitu penting. Tanpa kewangan yang kukuh pastinya kegiatan pengimarahan tidak akan dapat dilakukan dengan sempurna. Dengan sebab itu kesungguhan untuk mengurus kewangan masjid amat diperlukan.

Di Malaysia bahkan mungkin di negara lain, sumber kewangan masjid yang tidak ditadbir oleh pemerintah biasanya datang dari infaq para jemaah. Kutipan ini tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan dan pihak Jawatankuasa atau pengurusan terpaksa mencari cara lain untuk menambahkan dana.

Masjid yang berfungsi sebagai pusat pembinaan dan pengembangan umat tentu saja amat memerlukan adanya barisan kepimpinan yang memahami keperluan masjid, jemaah dan masyarakat setempat. Kekuatan kepimpinan inilah yang dapat membawa arah tuju dan perjalanan masjid yang dipimpinnya.

Kewangan yang banyak tanpa pimpinan yang baik, tidak akan dapat memberi keyakinan kepada masyarakat dan pengguna masjid. Penggunaan wang yang tidak terkawal akan menyebabkan pelbagai masalah dan akhirnya infaq akan berkurangan.

Olehitu, penggunaan secara berhemah dengan memenuhi citarasa para jemaah akan menambahkan keyakinan mereka kepada pengurusan yang komited, aktif dan sistematik.

Pengalaman di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru mungkin boleh menjadi contoh bagaimana infaq dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Semakin banyak kegiatan yang dijalankan dan semakin mantap pimpinan menjalankan amanah dan tanggungjawab, maka insyaallah perolehan dari infaq ini akan terus bertambah.

Jumaat, Jun 13, 2008

MANA KESEDARAN SIVIK KITA?



Gambar-gambar yang diambil di hadapan Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Kita sebagai manusia adalah makhluk yang dicipta oleh Allah dan diberi akal. Inilah yang membezakan antara manusia dan makhluk ciptaanNya yang lain. Manusia dapat membendung nafsunya jika ia dapat memahami akan sebab sesuatu itu. Tetapi ramai diantara kita khususnya rakyat di Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran sivik yang baik sedangkan ianya begitu penting bagi mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan bahagia.

Lihat sahaja persekitaran kita terutama di tempat awam seperti padang permainan kanak-kanak, perhentian bas, kawasan-kawasan perniagaan atau pasar serta lainnya yang banyak berlakunya vendalisma.

Maka menjadi tugas kita untuk menerang, menjelaskan bahkan melakukan sendiri perlakuan yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat supaya sentiasa berdisiplin dan mempunyai kesedaran sivik.

Gambar yang dipaparkan menjelaskan pihak yang menampal poster di merata tempat tanpa memikirkan kesan negetif kepada kanak-kanak yang membacanya. Dimana moral mereka yang ingin mencari keuntungan tanpa memikirkan kesannya kepada anak-anak kita?

Begitu juga dengan penampal poster lainnya yang hanya memikirkan keuntungan politik dan kuasa sahaja.

Jangan persalahkan pihak yang berkuasa untuk membersihkannya, sebaliknya kita sendiri yang berusaha untuk tidak melakukan vendalisma ini atau kita juga yang sepatutnya membersihkan supaya tidak mencemarkan persekitaran.

Khamis, Jun 12, 2008

PENGANUGERAHAN ANUGERAH KHAS MASJID NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KEPADA MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU




































Penduduk Bandar Baru Uda pastinya merasa bangga apabila Masjid Jamek Bandar Baru Uda menerima pengiktirafan tertinggi sempena sambutan Maal Hijrah 1429H. Penganugerahan Anugerah Khas Masjid peringkat negeri Johor Darul Takzim yang disampaikan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman semasa Majlis Pelancaran Maal Hijrah 1429H di Dewan Pusat Islam Iskandar pada 1 Muharam 1429H yang lalu membuktikan segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan dari peringkat pembinaan sehingga ke Jawatankuasa Tadbir telah berjaya memperkasakan institusi ini.

Beberapa keistemewaan yang ada di masjid ini adalah sebagaimana berikut:-

1. Memiliki Yayasan Masjid Jamek Bandar Baru Uda yang berperanan sebagai badan yang mencari dan mengurus dana masjid bagi melaksanakan aktiviti dan pengimarahan.

2. Bersikap proaktif dalam mengadakan berbagai majlis ilmu seperti kuliah maghrib, subuh, kelas tahfiz, muqadam, alquran, kelas bahasa Arab, kelas seni khat, ceramah, tadarus, tajwid fasahah, taranum dan berzanzi.

3. Sepanjang bulan Ramadhan mengadakan bazar yang disertai oleh seramai 150 orang peserta, mengagih-agihkan bubur lambuk secara percuma, berbuka puasa dan sahur.

4. Mengadakan dana masjid secara sistematik dan berkesan melalui Dana KAMI (Kebajikan Masyarakat Islam) yang diberi kepada mereka yang memerlukan terdiri dari kariah tempat lain.

5. Menubuhkan Pusat Hemodialisis dan Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada pesakit kepada pesakit buah pinggang.

6. Mewujudkan Pusat Perkembangan Seni Khat dan Tulisan Jawi bertujuan memartabatkan tulisan jawi dan seni khat.

7. Mewujudkan program kitar semula dengan hasilnya disumbangkan kepada dana masjid.

8. Menyediakan program belia dan remaja seperti kem motivasi, ceramah kerjaya, kursus perkahwinan, kejohanan sukan dan kelas tuisyen.

9. Memiliki 11 kakitangan dengan gaji dan elaun dibayar sepenuhnya oleh masjid.

10. Mewujudkan Direktori Kariah.

11. Mempunyai harta seperti bangunan yang digunakan untuk kakitangan dan sewaan.

12. Mempunyai sebuah Dewan Serbaguna yang digunakan untuk pelbagai kegiatan seperti majlis keramaian, perkahwinan, sukan dan sebagainya.

13. Mempunyai pasukan katering yang digunakan dalam pelbagai majlis terutama perkahwinan dan berupaya mendapatkan sumber kewangan.

14. Sentiasa proaktif mencari ide baru untuk memajukan masjid dengan mengadakan lawatan ke berbagai tempat samada dalam ataupun luar negeri.