Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, Julai 31, 2009

PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN

.

Di Johor, program membudayakan al-Quran adalah satu kegiatan yang sudah menjiwai pengamalnya, bukan sahaja di surau-surau dan masjid bahkan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.

Di pejabat kerajaan, pagi Jumaat merupakan kegiatan yang mesti dilakukan oleh kakitangan muslim sebelum mereka memulakan tugas masing-masing iaitu dengan berkumpul beramai-ramai membaca al-Quran dan tafsirannya.

Begitulah yang berlaku pada Jumaat yang baru lalu, saya dapat bersama-sama kakitangan di Jabatan Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kakitangannya tidaklah begitu ramai.

Sekurang-kurangnya dalam tempoh satu jam, mereka dapat juga bersama membaca ayat suci al-Quran dan samping mendengar erti dan tafsiran ayat-ayat yang dibaca.

HARI TERAKHIR DATUK BANDAR KE-5, DATO' MOHD NAIM NASIR

.

Khamis, Julai 30, 2009

JANGAN SESIAKAN MALAM JUMAAT

.
Bagi orang Islam, terlalu banyak keistimewaan hari Jumaat. Diantaranya dikatakan ia adalah Hari Raya bagi umat Islam, neraka tidak menggeleggak, pelupusan dosa dan segala roh berkumpul. Ada beratus-ratus lagi keistimewaan pada hari tersebut.

Begitulah juga pada malamnya. Sebab itulah ramai yang tidak mensesiakan malam tersebut. Diantaranya ialah ramai yang mengadakan bacaan Yassiin dan tahlil.

Kumpulan Yassiin Al-Ikhlas Jalan Jagong, Bandar Baru Uda, Johor Bahru adalah kumpulan yang kini saya menjadi ketuanya. Saya baru beberapa bulan mengambilalih jawatan ini kerana ketua sebelumnya iaitu Ustaz Haji Kasbi Ismail telah meninggal dunia.

Kumpulan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1982 ini telah bergerak dengan begitu baik dan menjadi wadah kepada penduduk di Jalan Jagong untuk berkumpul pada setiap malam Jumaat.

Ahli-ahli kumpulan ini telah berkurangan dari tahun ke tahun disebabkan ahli yang semakin tua, uzur dan meninggal dunia. Begitupun, ia tidak melemahkan semangat dan keazaman ahli-ahli untuk terus bergerak demi menyempurnakan hajat tuan rumah untuk terus beramal disamping merapatkah ukhuwah.

Pada ketika Allahyarham Ustaz Haji Kasbi menjadi ketua, beliau sering memberi tazkirah selepas solat Isyak. Sejak dari peninggalannya, saya memenuhinya dengan memaklumkan kepada ahli-ahli tentang segala kegiatan yang berlaku di sekitar Bandar Baru Uda atau berita lain yang perlu diketahui.

Bagaimanapun, mulai minggu ini saya telah mengisi kekosongan tazkirah ini dengan membaca hadis-hadis yang telah dibukukan oleh Jabatan Agama Johor. Untuk kali pertama ini saya telah membaca hadis dan tafsirannya yang berkaitan dengan kemuliaan membaca Alquran.

Mudah-mudahan apa yang kami lakukan ini akan berterusan dan mendapat keberkatan dari Allah subhanahu wataala.

MEMBACA BLOG t4tbh SEMAKIN MENARIK

.
Malas benar nak update blog ini. Melayari blog t4tbh nampaknya semakin banyak perkara yang diluahkan. Elok benar semua pihak membacanya. Mereka yang menyokong BN atau yang menentangnya mesti mengikutinya. Bukan saja mengikuti blog ini tetapi juga mengikuti perbicaraan untuk mencari punca kematian Teoh Beng Hock.

Dalam perbicaraan hari pertama, pemikiran saya sudah mencari siapa dua manusia yang tidak mahu diambil DNAnya. Dua orang ini seperti juga Anwar Ibrahim yang tidak mahu diambil DNA untuk kes liwat Saiful Bahri. Mengapa mereka terlalu bersungguh-sungguh untuk tidak mahu memberi DNA. Biasanya orang yang bersalah akan berhelah, betulkah?.

Blog t4tbh mengatakan bahawa Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing adalah dua individu berkenaan yang tidak mahu DNAnya diambil. Mengapa?, bacalah sendiri.

Sabtu, Julai 25, 2009

PERISTIWA SEORANG YANG TIDAK MAHU MENJABAT TANGAN

.
Beginikah huluran salam yang tidak disambut?
Tidak ...... Inilah contoh terbaik,
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Al-tantawi
menghulurkan salam ketika menyerahkan jemputan wacana ilmiah
kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim

Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Mustaffa Mohammad

Pernahkah anda melihat seseorang yang tidak mahu menjabat tangan orang yang menghulurkan salam?.

Seumur hidupku, baru petang tadi saya melihat kejadian ini. Ia berlaku kepada Datuk Shahrir Samad yang menghulukan tangan untuk bersalaman kepada individu ini (saya tidak mahu menzahirkan namanya) yang sangat saya kenali. Peristiwa yang berlaku di majlis perkahwinan anak Puan Hajah Radin Maimunah Mohamad di Dewan Raya Jalan Datin Halimah ini sangat memeranjatkan. Ia dilihat oleh beberapa orang tetamu yang berada bersebelahan termasuk isteri Datuk Shahrir.

Apabila salam pertama yang dihulur oleh Datuk Shahrir ditolak olehnya dengan cara menepis huluran salam, Datuk menghulur salam sekali lagi dan sekali lagi ditepis.

Hairannya, selepas menepis salam Datuk Shahrir, beliau menjabat tangan saya tanda menerima salam yang saya hulur disekalikan dengan senyuman.

Peristiwa itu menyebabkan saya dan Haji Mohd Raf Murad berbincang mengenai perkara ini. Saya menyatakan bahawa huluran tangan untuk berjabat salam merupakan satu penghormatan dari seseorang kepada orang lain.

Ia boleh diibaratkan sebagai ucapan salam kerana ia tidak semestinya dilakukan dengan perkataan bahkan boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat.

Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Al-Bukhari menjelaskan perkara ini:

"Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang banyak".

Adakah orang yang menolak salam seperti ini boleh diibaratkan sebagai tidak mahu menjawab salam seseorang?. Sekiranya jawapannya adalah "ya", maka sahlah individu ini telah melakukan satu dosa dan tidak akan masuk syurga sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Muslim yang bermaksud:

"Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang menyayangi. Apakah kamu tidak suka ku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang menyangi?, sebarkanlah salam di antara kamu,"

Tidakkah sebarkanlah salam ini bermaksud meminta umat Muhammad berkasih sayang dengan memberi salam dan berjabat tangan?.


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

.




Sebentar tadi saya baru saja mengikuti kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Haji Abdul Rahman Wahab, bilal MJBBU.

Kursus yang mendedahkan konsep pengurusan jenazah dalam Islam ini memberi kefahaman kepada peserta bagaimana untuk menguruskan pemandian dan mengkafankan jenazah lelaki.

Kebanyakan peserta telah menyatakan pengakuan untuk bersama-sama mempraktikkan ilmu yang diberi pada hari ini iaitu dengan membantu Haji Abdul Rahman menguruskan jenazah pada masa akan datang.

DI SEBALIK KEMATIAN TEOH BENG HOCK

.
Saya paparkan di bawah ini adalah email yang saya terima dari sahabat saya, Haji Zainal Abdullah dan selepas dari itu anda semua boleh membaca paparan dari blog http://www.t4tbh.blogspot.com/

Dan berikutnya adalah penafian dari DAP Selangor sebagaimana yang dilaporkan di dalam blog tersebut. Penafian ini dapat dibaca dalam Utusan Online.
............................................................................................................................................................................

salam...

difwdkan untuk renungan semua...

Teoh Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam. Siapa Teoh dan mengapa semua ini berlaku kepada dirinya?

Inilah kisahnya…

Ramai yang tahu Teoh ini adalah setiausaha politik dan pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah salah seorang exco kerajaan negeri, tapi ramai yang tak tahu yang Teo ni dulu pernah menjadi pegawai khas kepada MP Petaling Jaya Utara iaitu Tony Pua.

Yang penting Teo ni dah lama menyakitkan hati pemimpin DAP. Masih ingat lagi pada 25 Mac lepas, Karpal Singh pernah memaki Pemuda UMNO dalam Parlimen dengan ayat "celaka" berikutan dengan kes itu, pemuda umno datang memnuntut penjelasan daripada karpal dan meminta karpal memohon maaf, tapi karpal celaka buat bodoh saje sehinggalah berlaku pertengkaran dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan antara pemuda umno dan hero matcha gobinad singh deo.

Dikatakan terdapat 2 rakaman video ketika insiden tu berlaku, rakaman video
pertama di percayai di rakam oleh salah seorang ahli DAP dari pada ipoh timur dan satu lagi rakaman video di rakam oleh seorang pegawai khas kepada ahli parlimen petaling jaya utara Tony Pua, rakaman video kedua itu kemudiannya di dowload kedalam youtube, orang yang bertanggung jawab merakam video itu ialah Teo yang baru sahaja mati petang tadi, dalam rakaman video tu, memang jelas yang pemuda umno langsung tidak mengusik karpal yang lumpuh separuh badan.

Bila kepimpinan DAP tahu Teo yang mengedarkan klip video tu, maka si Teo ni
diberikan amaran oleh berberapa gangster yang di payung oleh Ronnie Liew dan Teo pula di tukar oleh kepimpinan DAP untuk bertugas di SUK dan Pejabat Adun Sri Kembangan supaya Ronnie dan Ean Yong Hian Wah supaya senang untuk memantau pergerakannya.

Menurut sumber, Teo kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran berberapa adun DAP di selangor, cara Ronnie dan Hian Wah menggunakan kongsi gelap dalam pentadbiran kerajaan dan dengan suka-suka mengunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri membiayai kegiatan kwong si gelap tidak di senangi oleh Teo dan memang betul apa yang di laporkan oleh ahli parlimen wangsa maju YB. Wee Choo Keong yang mana ronnie dan Hian wah menggunakan kongsi gelap, dan pejabat Exco telah digunakan sebagai tempat bermesyuarat mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan peniagaan haram dan aktiviti haram. ...

Mungkin tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik
pejabatnya maka Teo mula mengugut Ronnie dan Hian Wah supaya memberhentikan
segera kegiatan itu tapi tidak di endahkan oleh dua ekor exco itu. sudah tidak tahan dengan keadaan itu maka Teo dengan beraninya membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan ronnie dan Hian Wah.

Bagaimana pula ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing) turut terlibat?

Perlu di ingat, fail-fail kes adun-adun yang lain tu telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa sahaja untuk di bongkar. Mungkin SPRM melihat ini lah masa yang sesuai, maka SPRM pun bertindak. Kalau diperhatikan betul-betul adun-adun cina yang kantoi tu, mereka ni berkongsi satu majlis perbandaran yang sama, sebagai contoh, Teressa dan Hannah berkongsi sama PBT iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya, Wing Yin, Elizabeth, Edward dan Lau Weng San pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Maka diatas percaturan dan sifat tamak mereka ni yang menjadi mangsa ialah Teo. Perlu di ingat, kesemua ADUN cina di selangor menggunakan kongsi gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka,

Jadi, ADUN-ADUN ini pasti terikat dengan perjanjian bersama dengan Ah Long dan Kongsi Gelap tadi. Satu bala besar akan menimpa ADUN Cina selepas Teoh dipanggil oleh SPRM.

Kematian Teoh pasti ada kaitan dengan Kongsi Gelap tadi maka inilah masanya Teoh perlu dihapuskan dari muka bumi ini. Jadi Teoh telah ditolak dari tingkat 14 bangunan tersebut. Kenapa pejabat SPRM pula dijadikan tempat pembunuhan?

Mudah sahaja, supaya SPRM boleh dituduh sebagai defenden pertama dan itulah yang menyebabkan Ronnie Liu sekarang ini menyerang SPRM. Seterusnya menjadikan kerajaan BN sebagai defenden kedua. Perarakan yang dianjurkan oleh puak Cina DAP ini adalah bukti petuduhan mereka kepada orang tidak terlibat. Puak cina celaka ini kononya bijak, namun mereka yang selama ini suka mencipta musuh telah disepak punggung mereka oleh musuh mereka tadi dan pastinya mereka tidak dapat lari dari sebuah kebenaran.

Semoga SPRM tabah menyiasat kes ciptaan Cina pembangkang ini dan semoga
kebenaran disebalik kematian orang yang mampu membongkarkan ketidaktelusan ADUN Pembangkang selangor akan terungkai.

Wallahhualam.

-RM-
Pemerhati

Renungan hari ini - Part 1
------------ --------- -----

DAP adalah warisan PAP yang dikepalai oleh Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri Singapura @ Menteri Mentor Singapura... Usaha PAP untuk konsep Malaysia Malaysia iaitu hak sama rata diteruskan oleh perjuangan DAP.

Rakan rakan ku sekalian... Ketuanan melayu sebagai kaum teras di Malaysia telah terjalin sekian lama sejak persefahaman di antara Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambathan. Pertahankan kuasa melayu di bumi sendiri. Jangan ulangi sejarah pembelotan,perpecah an bangsa melayu pada zaman kegemilangan empayar melaka dahulu .Elakkan berulangnya kembali seperti ketika detik penghapusan etnik melayu pertama berlaku pada 24 Ogos 1511 (Hari Keramat Orang Melayu Melaka dihalau dan dihapuskan dari bumi melayu)

-To Be continued -

...................................................................................................................................................................................

http://www.t4tbh.blogspot.com/

Truth for Teoh Beng Hock

Friday, July 24, 2009

Selected documents containing list of projects for Sg Pelek constituency

Documents containing 83 projects (item 89 to 172) in Sg Pelek constituency given to one Wong Chuan Chow. The constituency is under the purview of Ronnie Liu.

4tbh

The DAP's corruption modus operandi in Selangor

Teoh Beng Hock is dead. Let not his death be forgotten and for nothing. The reason why Teoh died is because of the massive scale of corruption by the DAP since they took over the running of the Selangor state government in March 2008.

For the first time we have documents evidence, names, cheque nos, vouchers and projects which the MACC, the Police, the Royal Commission of Inquiry, the Magistrate Court Inquest, the NGOs, the DAP itself and any member of the public can verify themselves.

The DAP (not the PAS or PKR) has been stealing the rakyat's money in Selangor. They have been doing this without the knowledge of the other Pakatan partners like PKR and PAS. They have cheated not only the rakyat but also their own Pakatan partners from enjoying some of the stolen money.

This is actually not corruption. Corruption means you get money illegally from someone else. In the UMNO style, someone gets a project. Then they pay through a runner 10% or 20%, usually in cash inside a bag. Very simple and also quite smart.

But the DAP are quite stupid. They set up their own dummy companies, create fake invoice, fake projects and then take the money out. This is stealing, not corruption. But because they abuse their power it is also involving corruption. In the process they leave behind a very long trail of documents and evidence.

The late Teoh Beng Hock was involved in this scandal also but he was forced by Ean Yong and Ronnie Liu. He did not really like what was happening. To protect himself, Teoh made copies of all the false documents and dummy companies that was set up by the DAP. Teoh left behind a hard disk with someone which contains a stack of information detailing the corruption by the DAP in Selangor.

They followed a simple but silly method. Each Kawasan DUN (like Kajang, Teratai, Balakong) is given RM500,000 funds which the Pakatan ADUN can spend on projects. The DAP has been stealing this money - a little at a time. Few thousand ringgit at a time. But there are more than 300 small projects - Teoh gave us a long list.

The Selangor govt has said that they will tender every single project. This is their lying. In the list provided by Teoh, some people and some companies sapu many of the projects.

Among the biggest players are WONG CHUAN HOW (in the Kawasan DUN Sungai Pelek) under YB Ronnie Liu who was given 84 projects totalling over RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Persatuan Buddha Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Other names include Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise and many more. Teoh gave a full list. We have scanned some of the documents (from about 100 pages of documents)

How can one person get 84 different contracts?

The amounts are small but the method they use is very big. This is just in one year. Imagine if the DAP take over the federal govt? Here are some examples how DAP do it. The names and the projects are all real.

1. Rombongan Lawatan Penduduk 21/10/2008

WSK Enterprise paid RM1,800 by Selangor state govt using rakyat money as the contractor / coordinator. The money is paid out as follows:

Invoiced by WSK Services: RM1,800
Less 10% for DAP ADUN: 180
Net: RM1,620
Pay for 'Books': RM600 (this RM600 goes to DAP Malaysia)
Net: RM1,020
For Invoices / Stationery: 50
Balance RM 970 paid to Lee Sau Lan Public Bank cheque 254059 - cheque not clear)

2. WSK Services

Invoiced amount: RM3,455.00
Less 10% DAP ADUN: RM345.00
Invoices: RM 50.00
To Lee Sau Lan: RM3,059.00

3. Hong Chae Enterprise

Invoiced amount: RM 10,000.00
Less 5% DAP ADUN: RM500.00
Net: RM9,500.00
Cheque paid (no name given) 5,000.00
Net: RM4,500.00
DAP Serdang Aman: RM3,000.00
To DAP Fund: RM1,500.00

4. WSK Services

Invoiced amount: RM 1,665.00
Less 10% DAP ADUN: RM166.50
Net: RM1,498.50
DAP Serdang Aman: RM379.15
To Hong Chae Enterprise: RM1,119.35
Pay to Teoh Beng Hock: RM112.00
Pay to DAP Fund: RM1,007.35

5. WSK Services

Invoice amount: RM4,200.00
Less 10% DAP: RM420.00
Net: RM3,780.00
DAP Serdang Aman: RM3,754.76

For Tahun 2008 (ADUN Sg Pelek) projects under YB Ronnie Liu list there are 172 projects.

Of this number, Items No. 89 to 172 (83 projects in Sg Pelek) have been awarded to Wong Chuan Chow worth RM216,950 in just one year. The list of projects given to Wong Chuan Chow have been scanned here*.

* The documents will be scanned and posted in next posting.

4tbh


..................................................................................................................................................................................

DAP Selangor nafi gelapkan peruntukan ADUN

SHAH ALAM 24 Julai - Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam aktiviti menggelapkan wang peruntukan yang diberikan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membiayai projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog http://t4tbh.blogspot.com/2009/07/daps-corruption-modus-operandi-in.html itu adalah tidak berasas kerana ia dilihat sebagai satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di negeri itu.

''Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, ia tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu laporan disiarkan dalam sebuah laman blog berkenaan yang mendakwa DAP mencuri peruntukan yang disediakan untuk ADUN negeri itu.

Menurut laporan tersebut, DAP didakwa menjalankan kegiatan mencuri peruntukan ADUN dengan menubuhkan sebuah syarikat, invois serta projek palsu bagi membolehkan peruntukan ADUN Selangor sebanyak RM500,000 seorang dapat dikeluarkan.

Selain itu, peruntukan tersebut dikatakan turut disalurkan ke dalam akaun DAP selain mengaitkan bekas Setiausaha Politik Exco Selangor yang mati percayai terjatuh dari bangunan Plaza Masalam, Teoh Beng Hock turut terlibat dengan aktiviti sedemikian.

Bagaimanapun, laporan itu mengatakan penglibatan Beng Hock itu bermula setelah beliau dipaksa oleh Hian Wah dan ADUN Pandamaran, Ronnie Liu Tan Khiew.

Laporan blog terbabit turut mengaitkan nama seorang individu, Wong Chuan How dipercayai Setiausaha Sulit DAP Sungai Pelek yang dikatakan telah diberi 84 projek berjumlah RM200,000 oleh Ronnie antaranya untuk mengadakan Majlis Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Persatuan Buddha Huan Chian Chuen dan Kejohanan Bola Keranjang.

Dalam pada itu, Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menegaskan sekali lagi bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

''Mungkin ada pihak yang mahu 'mengenakan' saya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Teoh (Beng Hock),'' katanya ketika ditanya sama ada benar atau tidak beliau memaksa Beng Hock untuk menjalankan aktiviti itu.


MEMPERINGATI KEMATIAN DALAM ISU NIZAR DAN LILIN?

.
Memperingati kematian dengan cara ini,
adakah ia menjadi syirik?

Lihat gambar yang disiar di New Straits Times pada hari Sabtu yang menjadi kontrovesi. Pada hari Jumaat minggu lalu, bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menyertai majlis nyalaan lilin di Ipoh bagi memperingati kematian Pembantu Khas Exco Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Berbangkit dari isu ini, saya paparkan cuplikan komen-komen dari beberapa orang yang saya fikir mempunyai asas pemikiran masing-masing apabila ia dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang meminta golongan ulamak PAS memberi penjelasan.

Pertama - Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan ketika diajukan pertanyaan Dr Zambry, beliau memberi jawapan berikut:

"Zambry ni orang politik bukan orang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun tak pakai, itu pandangan saya."

"Zambry yang bertanya ..., usah akan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun tak pakai, siapa yang halau Menteri Besar dan rampas Dewan, tiap-tiap wakil rakyat yang masuk Dewan melalui mengundi dan bukan melalui sogok."

"Dia orang politik, saya jawab cara politiklah,"

Beberapa hari selepas itu, Datuk Nik Aziz mengakui bahawa perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah sesuatu yang meragukan tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Katanya, perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi ke majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam, saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh,"

Kedua - Prof Datuk Dr Mohammad Yusof Hussain, Rektor Kolej Islam Darul Redzuan menyatakan bahawa tindakan mereka menyertai perhimpunan lilin bagi memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian.

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.

Beliau bercakap bukan kerana PAS atau UMNO tetapi atas dasar hukum dan ketetapan dalam Islam, mereka yang terlibat dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.

Dr Mohd Yusof menambah, "Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri?"

Ketiga - Prof Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan Feqh dan Usul UIAM menegaskan bahawa umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun, telah melakukan syirik.

Katanya, "Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang, "

"Saya bercakap dalam konteks hukum kerana akidah merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang. Apabila akidah rosak, iman dan Islam juga akan menjadi rosak,"

Keempat - Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyatakan bahawa majlis menyalakan lilin tersebut sebagai meragukan.

Beliau menjelaskan bahawa sepatutnya Datuk Seri Nizar tidak sepatutnya hadir di majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan.

Seperti juga Datuk Nik Aziz, beberapa hari selepas itu, Datuk Harun Taib menafikan kenyataannya ditujukan kepada mana-mana pihak atau peristiwa ketika mengulas perkara tersebut.

Beliau mendakwa hanya memberi panduan secara umum kerana Islam tidak membuat hukum untuk satu-satu orang, Islam membuat garis panduan untuk semua orang, sebagaimana hadis Rasullallah,

"Ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,"

"Saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi keadaah umum, ada subahat ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,"

Kelima - Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Exco Kanan Kelantan dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Datuk Seri Nizar yang menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Keenam - Tan Sri Harrussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian hendaklah segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.

"Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya,"

"Kita (muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik. Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini,"

"Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telahpun dipesan oleh Rasullullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan,"

Ketujuh - Komen saya adalah, adakah maksud Ayat 1-6 dalam Surah Al-Kafiruun ini mempunyai kaitan dengan isu ini?

"katakanlah (Wahai Muhammad), Hai orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku"


Dan ini, apa pula komen anda?

Rabu, Julai 22, 2009

HAJI FUAD ALI MENINGGAL DUNIA

.
Gambar Allahyarham Haji Fuad Ali beberapa hari
sebelum meninggal dunia

Inna Lillahi wa inna ilaihi rojiiun. Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah dan hanya kepadaNyalah kita akan dikembalikan jua.

Begitulah juga kepada saudara kita Haji Fuad Ali, bekas Pengurus Felda Pasir Raja yang telah kembali ke rahmatullah pada tengahari tadi di Hospital Kota Tinggi.

Jenazahnya dimandi, dikafankan dan disembahyangkan di hospital langsung dibawa ke kediamannya di Bandar Tenggara untuk penghormatan terakhir dari saudara mara dan handai taulan.

Allahyarham yang meninggal pada jam 12 tengahari di hadapan isteri tercintanya, Puan Hjh Mashitah Masron telah disembahyangkan buat kali kedua di Bandar Tenggara dan sekali lagi di Masjid Felda Sungai Sayong selepas solat Asar.

Begitulah, kesemuanya ketentuan dari Allah dan Allahyarham dikebumikan bersebelahan isteri pertamanya di tanah perkuburan Felda Sungai Sayong.

Saya tidak dapat bersama-sama dalam menguruskan jenazah disebabkan saya terpaksa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Begitupun, saya sempat memberitahu ramai rakan-rakan dan ahli PBKF termasuk Tuan Haji Jayos Pawiro, Yang Dipertua PBKF.

Semoga Allah memberi keampunan atas segala kesalahan dan meletakkan rohnya di kalangan para solihen.

Selasa, Julai 21, 2009

KE BANDAR TENGGARA UNTUK MESYUARAT DAN MELAWAT AHLI YANG SAKIT

.
Saya baru balik dari Bandar Tenggara, Kluang kerana mesyuarat khas PBKF. Mesyuarat ini membincangkan persiapan untuk pergi ke Kuala Lumpur kerana Mesyuarat Agung Pindaan Perlembagaan pada hari Sabtu 15 Ogos 2009.

Jawatankuasa memutuskan untuk membawa 40 orang ahli dengan menggunakan sebuah bas. Setiap ahli yang turut sama akan dikenakan bayaran RM20 sementara bakinya akan ditanggung oleh Persatuan.

Ahli Jawatankuasa juga telah diberi penjelasan tentang beberapa perkara penting pindaan terutama tentang keahlian baru hendaklah mereka yang telah berkhidmat dengan Felda atau syarikatnya tidak kurang dari 20 tahun sedangkan perlembagaan sekarang membenarkan mereka yang telah berkhidmat setahun sahaja.

Pindaan baru juga mencadangkan jawatan Timbalan Yang Dipertua serta memerlukan seorang Naib Yang Dipertua sahaja. Jawatan Setiausaha dan Bendahari akan dilantik oleh Jawatankuasa yang terpilih berbanding kedua-dua jawatan tersebut dipilih oleh ahli pada masa kini.

Syur yang dicadangkan adalah untuk memantapkan struktur organisasi PBKF serta keahliannya hendaklah mereka yang telah lama menyumbangkan bakti di Felda.

Mesyuarat yang diadakan dirumah Haji Mahfoz Omar berakhir pada jam 4.30 petang dan kami berkesempatan melawat Haji Omar Baki, seorang ahli PBKF dan bekas Pengurus Felda yang sedang menerima rawatan dialisis.

Saya juga berkesempatan singgah di rumah Kak Juriah, kakak kandung saya yang menderita penyakit Parkinson.

Isnin, Julai 20, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA UMNO BHG JOHOR BAHRU

.
Beginilah suasana mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru yang baru lalu dan dipengerusikan oleh YB Dato' Shahrir Samad di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian, Taman Suria, Johor Bahru.

MELAWAT HAJI FUAD ALI

.
Bagi petugas lama dan peneroka Felda, tentu mereka mengingati peristiwa rompakan wang hasil peneroka yang dibawa dari Malayan Banking Kulai ke Felda Pasir Raja pada awal tahun 1980an.

Kejadian yang melibatkan pembabitan pemandu Land Rover Felda Pasir Raja bersama beberapa orang penjenayah yang telahpun menjalani hukuman penjara tetap dikenang.

Pengurus Felda yang membawa wang bersama kerani dan dikawal oleh 2 orang pegawai Polis adalah Haji Fuad Ali.



Ketika ini beliau begitu uzur kerana mengidap penyakit Parkinson dan Alzheimer (nyanyuk) dan sentiasa didampingi oleh Hjh Masitah Masron, isteri yang prihatin dan setia.

Saya sempat melawat ketika beliau berada di Kampong Melayu Majidee bersama-sama Haji Kassim Omar dan Haji Yahya Dato' Abd Rahman.

Mudah-mudahan kesihatannya akan beransur pulih.

ULANGTAHUN P.G.R.M. BAHAGIAN JOHOR BAHRU

.
Malam tadi, kami AJK UMNO Bahagian Johor Bahru mengiringi ketua kami, Dato' Shahrir Samad ke Majlis Ulangtahun Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Johor Bahru di Restoran Pekin Sutera, Taman Sutera Utama, Skudai.

Dalam ucapan alu-aluan, Encik Khoo Kong Ek, Pengerusi PGRM Bahagian Johor Bahru berharap kehadiran YB Dato' Shahrir Samad dan YAB Tun Dr Lim Kheng Yaik, Penasihat Nasional PGRM akan memberi inspirasi kepada PGRM Johor Bahru untuk bekerja lebih keras bagi menjamin kemantapan jentera Barisan Nasional.

Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang sangat disegani kerana mempunyai prnsip dan stail kepimpinan tersendiri disamping telah diterima oleh rakyat walaupun dua kali masuk dan keluar dalam kerajaan.


Datuk Shahrir pula berharap ahli-ahli parti dalam komponen BN tidak merubah prinsip perjuangan kerana tanpa perjuangan yang konsisten dalam BN, rakyat dan masyarakat tidak akan dapat menerima.

Beliau juga berharap segala perjuangan bukan kerana ketua kerana perjuangan seperti ini akan menjadikan kita kalah. Segala perlakuan dan tindakan hendaklah semata-mata kerana masyarakat.

Dengan sebab itu, apabila beliau telah bersara dalam kabinet, beliau telah menumpukan kerja-kerja di kawasan dengan menggemblengkan kedua-dua ADUN dalam kawasannya dan kesemua Ahli Majlis Parlimen Johor Bahru dari UMNO, MCA dan MIC dengan membuat lawatan pada setiap bulan.

Datuk Shahrir juga berjanji akan mempelawa seorang Ahli Majlis Bandaraya dari PGRM untuk bersama-sama dalam kegiatan tersebut walaupun beliau tidak berkhidmat dalam Zon Parlimen Johor Bahru, sebaliknya di Parlimen Pulai.

Maklum balas yang diterima amat positif apabila banyak masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan memberi gambaran serta imej yang baik.

Tun Dr Lim Kheng Yeik pula bercerita tentang pengalaman beliau semasa muda iaitu di tahun-tahun 1970an bersama Datuk Shahrir. Ketika itu pimpinan parti tidak bercerita tentang projek, sebaliknya bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa berbincang bagaimana untuk berkhdimat kepada rakyat.

Setelah lebih 50 tahun kerajaan BN memerintah, kerajaan tidak seharusnya menunjukkan kuasa dengan tidak mengambilkira kepentingan rakyat.

Beliau juga melahirkan sokongan kepada usaha yang dibuat oleh Datuk Shahrir kerana ia amat penting dalam suasana sokongan rakyat yang berkurangan semasa pilihanraya yang lalu.




KARNIVAL SUKAN JPMM DUN TANJUNG PUTERI

.
Petang Ahad, saya ke Kampong Melayu Majidee kerana menyaksikan upacara penutup dan penyampaian hadiah kejohanan sukan JPMM atau Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri.

Program yang dimulakan pada jam 5 petang dimulakan dengan pemeriksaan barisan pemain bolasepak oleh YB Dato' Shahrir Samad di pertandingan akhir antara pasukan Kg Melayu dan Taman Iskandar.

Selain dari Dato' Shahrir, tetamu yang hadir adalah YB Haji Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri serta pemimpin peringkat cawangan dan bahagian.

Ketika waktu rehat, tetamu jemputan mengambil kesempatan menunjukkan bakat bermain bola sepak. Mereka diberi peluang menendang bola untuk memasukkan ke gol sementara YB Haji Adam Sumiru menjaga gawang.

Memang melucukan apabila tidak dapat merealisasikan apa yang disorakkan di luar padang. Lihat saja gambar di atas, Wan Zuraimi (Ketua UMNO Cawangan Sri Impian) cuba memasukkan bola ke gawang.

Di akhir pertandingan bola sepak, pasukan Kampong Melayu dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan Taman Iskandar.

Gambar-gambar menunjukkan penyampaian hadiah bagi pertandingan bola sepak, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.

Penonton yang bernasib baik juga menerima hadiah dari cabutan tiket bertuah.





Diucapkan syabas kepada mereka yang berjaya dan juga YB Haji Adam Sumiru serta Jawatankuasa JPMM DUN Tanjung Puteri yang berjaya menganjurkan kejohanan.



Ahad, Julai 19, 2009

KEINDAHAN FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS, SUNGKAI

.
Ceria gambar Pak Haji Sunawan ni. Foto yang dipotret oleh Haji Abdullah, Setiausaha Kerja Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) di Felda Residence Hot Springs Resort, Sungkai, Perak memberi gambaran bagaimana saya merasa kegembiraan berada di resort ini.

Anda boleh melihat beberapa keping gambar yang dapat saya paparkan hasil carian saya melalui google, betapa cantik, tenang dan sangat sesuai untuk beristirahat.

Saya tidak mendapat sebarang diskaun apabila saya mempromosikannya. Tulisan ini adalah semata-mata lahir dari kekaguman saya sebagai bekas seorang kakitangan Felda yang tidak pernah merasa kenikmatan semasa bekerja dahulu.

Kedatangan saya bersama keluarga ke resort seluas 6.5 hekter dan dibuka pada tahun 2003, adalah untuk menghadiri mesyuarat PBKF bagi membincangkan pelbagai topik yang berkaitan dengan kebajikan bekas kakitangan Felda terutama yang menjadi ahli persatuan kami.

Untuk sampai ke sini, anda perlu masa hampir satu jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Tol Sungkai, membeluk ke kiri dan langsung melalui perkampungan Felda Sungai Klah.

Datin Nursiah Sulaiman, salah seorang AJK PBKF adalah individu yang bersungguh-sungguh membawa kami ke sini. Selain menguruskan persiapan mesyuarat, beliau membawa kami mengelilingi ke beberapa lokasi menarik yang sepatutnya anda juga nikmati.

Lawatan kami pada waktu tengahari sebelum kami pulang, amat mengujakan. Rasanya mahu menyambung sehari lagi, namun apakan daya, beberapa program lain sedia menunggu di Johor Bahru.

Isteriku dan Safikah tentu tidak melepaskan peluang. Pada hari pertama saya bermesyuarat, kedua-duanya sudah berada di kolam air panas untuk berendam. Kelekaannya berjalan-jalan di sekeliling taman rekreasi ini menyebabkannya tersesat. Nasibnya baik, sekeluarga dalam sebuah kereta telah membawanya pulang ke bilik.

Saya tidak hairan mengapa isteriku tersesat, kawasannya begitu luas dan banyak laluan pejalan kaki, laluan jejambat kayu dan laluan denai yang boleh menyesatkan sekiranya pengunjung tidak berhati-hati dan berwaspada.

Begitupun, kelelahan kita mengharunginya walau dengan pelbagai tujuan seperti mandi manda air panas, perkhemahan, menyusur sungai, merentas hutan, melawat kampung Orang Asli Tesung dan sebagainya, akan hilang apabila anda berada di bilik yang begitu indah dan nyaman.

Pada pagi hari kedua, selepas menikmati sarapan pagi dengan beberapa menu, isteriku tidak melepaskan peluang untuk berurut kaki dan badan.

Isteriku sempat menemuramah gadis muda yang mengurutnya. Katanya, mereka mendapat latihan dari pengurusan Felda di Trolak.

Oleh kerana kesuntukan waktu, saya hanya dapat melihat-lihat di persekitaran dengan menaiki kenderaan yang disediakan dengan sedikit bayaran.

Kami dapat melihat laluan air panas yang dialirkan melalui laluan berbatu yang boleh digunakan sebagai laluan terapi kaki.





Pondok-pondok Jakuzi yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmatinya bersendirian tanpa gangguan.


Anda juga boleh merebus telur di sini. Telur tidak perlu dibawa dari luar kerana ia boleh dibeli di pondok berdekatan.


Kami hanya sempat merasa kehangatan air sahaja.

Saya bersama Shamsuddin Hassan hanya sempat mengabadi potret, menunjuk tanda 'best'.

Sebelum kembali ke rumah masing-masing, kami sempat mengambil potret kenang-kenangan.