Radio Internet FuhYooFm

Ahad, Mei 31, 2009

CUTI SEKOLAH MUSIM MAJLIS PERKAHWINAN

.
Di Johor, cuti penggal persekolah sudah bermula. Kenduri perkahwinan pun juga sudah bermula pada hari semalam. Saya mendapat 3 undangan tetapi tidak dapat memenuhinya kerana terpaksa ke Kuala Lumpur untuk menziarahi saudara terdekat yang meninggal dunia.

Terpaksalah saya minta maaf kepada Haji Md Shah dan Hajah Azizah (Yot) di Bandar Baru Uda serta Wan Jebah di Perumahan Rakyat Stulang kerana tidak dapat ke majlis mereka.

Hari ini saya dapat memenuhi kesemua 6 undangan di rumah Hj Mahadi Kasiran (Bandar Tenggara), Abang Hj Jasmani/Kang Mani (Taman Sri Skudai), Ramlan Ismail (Taman Sinaran Kempas), Hj A Razak Selamat (BBU), Zainal Satay (BBU) dan Hj Khairuddin Darwis (BBU).

Sebelum solat Asar, berserta dengan isteri dan Shafikah dapat membereskannya walaupun setakat pergi dan menjamah jamuan kerana tidak mahu menghampakan tuan rumah. Yang penting adalah dapat bertemu serta memberi sedikit huluran ringgit bagi mengurangkan bebanan mereka dan tanda terima kasih atas ingatan.

Minggu hadapan, hari Sabtu dan Ahad sekali lagi saya akan berkeliling untuk majlis-majlis ini. Hari Sabtu 6 haribulan adalah hari paling kritikal kerana tidak tahu bagaimana hendak memenuhi kesemua 12 jemputan.

Saya cuba membuat jadual bagaimana untuk menjelajah ke rumah tersebut bermula seawal jam 7 pagi akan bertolak dari rumah di Johor Bahru ke rumah:-

1. Hj Sahlan Timan, Parit Semerah, Batu Pahat.
2. Hj Rafii/Pie, Puteri Menangis, Pontian
3. Zaleha, Taman Indah, Simpang Renggam
4. Jamaliah, Taman Pelangi Emas, Pekan Nanas
5. Hj Asini Paijan, Taman Mawar, Pasir Gudang
6. Najib Darus, Jln Timun, Kg Bendahara
7. Hj Zainal Abidin A Rahman, Jln Utama, Kg Melayu
8. Akob Hassan, Blok B Taman Larkin Perdana
9. Zaid, Padi Mahsuri 8 BBU
10. Zolkapli Zainal, Padi Malinja 11 BBU
11. Hj Hamzah, Padi 11 BBU
12. Latiff Kadiman, Dewan Raya Skudai Kanan BBU

Untuk hari Ahad, terdapat 5 undangan sebagaimana berikut:-

1. Hj Mohyin Salikin, Bandar Penawar Kota Tinggi
2. Hj Supardi Sasthoro, Taman Kota Jaya Kota Tinggi
3. Hj Mohamad Aziz, Taman Perling
4. Hj Jabar Md Tahir, Straits View Johor Bahru
5. Hj Hashim, Jln Padi Ria 17 BBU

Pada hujung cuti persekolahan, hari Sabtu 13 haribulan masih terdapat satu lagi majlis perkahwinan iaitu Tuan Haji Abd Rahman Jaffar, Pengarah Jabatan Agama Johor bertempat di Taman Nong Chik Johor Bahru.

Kita boleh berusaha untuk memenuhi semua undangan, namun ada ketikanya sukar untuk kita melakukannya mungkin atas beberapa halangan seperti jarak jauh, masa dan sebagainya.

Saya pernah diberitahu bahawa memenuhi undangan adalah wajib tetapi terdapat hadis yang menyatakan bahawa maksud wajib adalah menghadiri majlis walimatul urus yang bermaksud majlis pernikahan. Biasanya jemputan yang kita terima adalah majlis jamuan untuk meraikan perkahwinan sedangkan majlis pernikahan telah dilangsungkan lebih awal.

Hadis yang dimaksudkan adalah dari Muslim "Apabila seseorang diantara kamu diundang untuk menghadiri walimatul urus (pernikahan), penuhilah".

Terdapat Hadis yang lain dari Muslim "Barang siapa yang tidak menghadiri undangan walimah (pernikahan), sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah dan RasulNya".

Bagaimanapun, selain dari dua Hadis di atas sebagai syarat memenuhi undangan iaitu pengundang adalah seorang muslim dan bukan bertujuan maksiat.

Mungkin dari kedua hadis tersebut boleh mengurangkan tekanan kepada kita samada kita mesti menghadiri semua undangan perkahwinan seperti yang telah saya nyatakan.

Walau apapun, saya akan berusaha untuk meminta maaf sekiranya tidak dapat melakukannya.

Hanya persoalan yang sentiasa bermain-main di pemikiran saya adalah mengapa ramai yang ingin menagadakan majlis-majlis ini pada musim cuti persekolahan sedangkan kerajaan telahpun memberi 2 hari cuti mingguan dan belum lagi ditambah dengan cuti-cuti kelepasan am yang bersambung?.

Rabu, Mei 27, 2009

MENGIKUTI TAKLIMAT ISKANDAR MALAYSIA

.
Dari kiri, YB Adam Sumiru, YB Dato' Shahrir Samad
dan Encik Harun Haji Johari

Malam tadi saya menghadiri taklimat IRDA atau Wilayah Iskandar Malaysia yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 melalui Akta 664.

Taklimat tertutup ini adalah atas inisiatif Dato' Shahrir Samad yang mahukan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru yang mewakili UMNO Bahagian Johor Bahru beserta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Bahagian Johor Bahru memahami perancangan dan perjalanan IRDA.

Untuk taklimat pertama ini, Encik Harun Haji Johari (CEO IRDA) beserta beberapa orang pegawai kanannya telah memberi taklimat mengenai perlaksanaan pelan terperinci keselamatan dan kesejahteraan di Iskandar Malaysia.

Selain tajuk keselamatan, tajuk procument juga telah ditaklimatkan kepada kami.

Selain Dato' Shahrir, Adun Tanjung Puteri (YB Adam Sumiru) juga bersama dalam taklimat ini dan insyaallah taklimat selanjutnya akan dilakukan pada masa akan datang.

SEDIH MELIHAT RUMAH KELAHIRANKU DIROBOHKAN

.
Petang Ahad baru lalu, saya balik ke kampong untuk melihat kerja-kerja meroboh bahagian dapur rumah yang diduduki oleh emak dan keluarga adik bungsuku.

Bahagian rumah yang diroboh ini dahulunya adalah rumah jenis sesebuah kepunyaan datuk (sebelah emak) yang saya panggil 'Yai Reban. Rumah kayu berlantaikan simin ini dahulunya mempunyai sebuah bilik tidur. Segala kayu termasuk tiang, geleggar dan sebagainya adalah dari kayu-kayu yang terdapat di hutan berdekatan.

Bentuk rumah pula tidak banyak perbezaannya dengan rumah di Jawa Tengah. Perbezaannya adalah pada bumbungnnya yang menggunakan atap rumbia dan telah ditukar kepada zink sedangkan di Jawa Tengah menggunakan atap genting berwarna kemerahan.

Banyak nostalgia di rumah ini kerana saya dilahirkan di situ, begitu juga dengan abang dan kakakku.

Ingatanku juga masih segar bagaimana 'Yai Reban meninggal pada tahun 1958, jenazahnya diletak di bahagian serambi rumah yang agak sempit. Ketika itu umurku 6 tahun dan telahpun menjadi murid tahun 1 di Sekolah Seri Senang Hati, Benut.

Ketiadaan 'Yai Reban menyebabkan keluargaku yang sebelumnya mempunyai rumah sendiri bersebelahan dengan rumah ini, berpindah ke rumah datuk untuk bersama-sama menjaga 'Nyai Rahmah (isteri 'Yai Reban).

Sebuah rumah baru jenis kayu bertiang dibina di hadapan rumah asal pada tahun sekitar 1960. Rumah yang dibina secara bergotong-royong oleh orang-orang kampung ini disiapkan oleh Wak Salim iaitu saudara kepada bapaku dari Parit Tengah.

Rumah inilah yang masih kekal sekarang. Adik bungsuku yang mewarisi rumah ini menyatakan bahawa beliau belum berhasrat untuk meruntuhkannya kerana ia mempunyai nilai tinggi dan tersendiri.

Saya berpendapat rumah ini dalam keadaan uzur dan perlu dirobohkan selain kedudukannya yang terlalu rapat dengan jalan yang digunakan oleh orang-orang kampung. Keadaan fizikal emak tyang sukar untuk bergerak juga tidak sesuai dengan keadaan rumah yang ada.

Bagaimanapun, adikku yang menjaga emak mempunyai alasan tersediri dan adik-beradik yang lain tentulah akur dengan keputusan dan pemikirannya.

Sedih juga melihat bangunan yang bersejarah kepada keluargaku terpaksa dirobohkan. Inilah satu hakikat yang mesti diterima seumpama orang yang hidup pastinya akan mati juga.

ANGIN RIBUT DI KG SINARAN KEMPAS

.
Bumbung rosak di Kg Sinaran Kempas

Angin ribut pada petang 23 Mei 2009 telah menyebabkan kerosakan beberapa buah rumah dan kereta terkena pokok tumbang di penempatan Kg Sinaran Kempas.

Kecelakaan tersebut telah diberi perhatian segera oleh beberapa orang Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru terutama Sdr Khalid Mohammad bersama Ketua Kampong dan Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ahli Parlimen Johor Bahru telah mengarahkan Biro Kebajikannya untuk mengambil tindakan segera dengan membeli segala peralatan dan bahan binaan untuk membaikpulih rumah-rumah yang rosak.

Dalam situasi seperti ini, semua pihak termasuk UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Pembangunan dan Setinggan telah memainkan peranan positif dalam membantu rakyat yang menerima kesusahan.
Cerita selanjutnya boleh dilayari disini...

MAKAN TENGAHARI: AYAM GORENG KFC

.
Menikmati ayam goreng

Sebentar tadi saya, isteri dan Syafikah dapat belanja makan ayam goreng KFC di Angsana. Rasanya jarang sekali saya makan tengahari dengan ayam goreng sahaja.

Orang dah nak belanja, pergilah juga. Kami berlima. Setiap seorang makan 2 ketul, tapi saya makan 3 ketul. Ada 2 ketul lagi yang lebih bawa balik ke rumah. Selain itu bersama dengan segelas minuman, coleslaw dan kentang tiap seornag cukup mengenyangkan.

Kelihatan juga beberapa pasang warga emas sama menikmati makanan yang bukan menjadi makanan ruji orang Malaysia.

Makan ayam goreng tengahari bukanlah cara makan orang Melayu. Kini, masyarakat kita terutama di bandar-bandar, makan di restoran segera seperti ini sudah menjadi sesuatu yang agak istimewa. Anak-anak muda samada yang berpasangan atau tidak, akan berpusu-pusu berbanding untuknya menjamu di restoran nasi padang atau lain-lainnya.

Tanyalah dengan anak-anak muda bahkan anak kecil sekalipun yang sudah sinonim seperti Kentucky fried chicken, French fries, Big Mac, Chicken Foldover, Pizza Stuff crust, Garlic bread dan sebagainya.

Sederet, KFC, McDonald's dan Pizza Hut di Angsana, Johor Bahru

KFC, McDonald's dan Pizza Hut hampir sebati dengan mereka yang berada di pekan dan bandar dan tentulah tidak kepada yang berada di luar bandar. Hanya sekiranya mereka termasuk ibu saya yang dibelanja makan di tempat-tempat ini, akan terasalah kekoknya.

Walau apapun, perkara yang menjadi pemikiran saya adalah mengapa KFC kurang dikunjungi oleh bukan Melayu berbanding McDonald's.

Terima kasih kepada Pak Haji Samad yang membelanja saya tadi.


Isnin, Mei 25, 2009

MOGOK LAPAR: ULASAN BAKAL TIMBALAN PRESIDEN PAS DALAM M-STAR ON-LINE

Mogok lapar tidak salah jika tak sebabkan kematian - Husam

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berkata, tindakan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat Perak selama tiga hari bermula esok tidak salah, malah tidak bertentangan dengan agama selagi ia "tidak membawa kepada kematian."

Menurut Husam, terdapat pelbagai cara untuk melahirkan protes berhubung sesuatu perkara, dan mogok lapar atau berpuasa merupakan salah satu daripadanya yang diamalkan oleh banyak pihak.

"Pakai baju hitam pun salah, pakai baju kuning pun salah, pakai baju merah pun salah dan pakai baju hijau pun salah... sekarang berpuasa, mogok lapar pun salah," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS pagi ini.

Jelas beliau, umat Islam yang berpuasa wajib berbuka sebagaimana dikehendaki oleh agama.

"Ini trend untuk menyatakan protes (berhubung sesuatu isu)," kata beliau lagi.

Gabungan parti pembangkang di Perak akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari mulai esok sebagai manifestasi untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai penyelesaian krisis politik negeri itu.

Kelamrin, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, kempen mogok lapar selama 72 jam itu akan bermula sebaik dirasmikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

DATO' SHAHRIR BERGOTONG ROYONG DI FLAT LEDANG

.
Dato' Shahrir memberi arahan kerja

Pagi ahad lalu, penduduk Flat Ledang Bandar Baru Uda mengadakan program gotong royong membersihkan persekitaran perumahan mereka.

Program yang bermula pada jam 8:00 pagi dimulakan dengan ucapan-ucapan dari ketua penduduk, Pegawai Kesihatan Johor Bahru dan Dato' Shahrir Samad selaku Ahli Parlimen Johor Bahru.

Dari kiri, Azmi Tuganal, Dato' Shahrir,
Pegawai Kesihatan dan YB Adam Sumiru

Selepas ucapan-ucapan ringkas, semua yang hadir telah digerakkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan di serata kawasan 254 unit rumah penduduk di kawasan berkenaan.

Peralatan seperti pungkis, cangkul, penyapu, garpu dan sebagainya yang disediakan oleh Southern Waste Management telah digunakan sepenuhnya selain lori-lori yang digunakan untuk mengangkut sampah dan barang buangan.

Ketika melakukan kerja-kerja gotong royong, kelihatan ramai penduduk yang turut sama seperti dari kaum bapa, ibu dan anak-anak.


Keseronokan bekerja begitu ketara terutama melihat Dato' Shahrir Samad yang terus melakukan kerja-kerja bahkan memberi arahan tentang kerja yang perlu dilakukan.

Kesungguhannya bekerja menyebabkan ramai penduduk yang mulanya hanya menjadi pemerhati terpaksa turun membantu.

Ketika matahari mula condong ke barat pada jam 1:00 petang, kerja gotong royong dihentikan apabila Dato' Shahrir beredar dari kawasan kerja.

Jam 1:00 petang Dato' Shahrir
meninggalkan kawasan gotong royong

Ahad, Mei 24, 2009

PERTAMA KALI MENGENALI PROF MUHD KAMIL IBRAHIM

.
Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim
... keikhlasannya berceramah

Astaghfirullah, Subhanaullah dan Allahuakhbar. Itulah perkataan dan pengucapan Prof Muhd Kamil Ibrahim selama hampir dua setengah jam ceramahnya di Masjid Jamek Bandar Baru Uda pada malam minggu yang lalu.

Saya terpegun dengan bait-bait kata yang diucapkan sehingga saya tidak menghadirkan diri dalam satu majlis maulid di Kampong Dato Sulaiman Menteri walaupun pada awalnya saya telah merancang untuk ke majlis tersebut. Bahkan saya telah beri arahan kepada isteri untuk bersiap-siap untuk bersama saya ke majlis maulid. Entah macamana, hati tergerak membuka email dan email Hj Fathil mengingatkan saya tentang ceramah Travelog Haji di masjid BBU.

Sebelum ini, saya tidak mengenali Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Johor. Mendengar ceramahnya membuatkan kita mengenali semula diri kita terutama apa yang telah kita lakukan dan persembahkan kepada Allah swt.

Beliau telah menyedarkan kita semua sebagaimana beliau tersedar dari kealpaan dan tidak mengambil berat ajaran agama selama hampir 40 tahun.

Ada peringatan yang mengatakan bahawa sekiranya kita hendak berubah, sempadanya adalah kita berumur 40 tahun. Dikatakan bahawa sekiranya setelah umur itu, manusia itu masih tidak mahu berubah, maka sukarlah untuk ia melakukan perubahan.

Saya tidak pasti samada ia benar atau sebaliknya. Tetapi ia bolehlah kita gunakan sebagai satu aras untuk menjadi ingatan dan amaran kepada kita semua.

Sepanjang ceramah Prof yang tidak membosankan malahan menghiris hati pendengar yang menjiwai ceramahnya, pemikiran kita tentunya tidak boleh lari dari apa yang pernah kita lakukan dahulu atau selama ini. Apakah seharusnya kita melakukan jejak langkah baru sekiranya kita tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh penceramah?.

Kalau ada diantara pendengar berjaya melakukannya, bermakna satu kejayaan kepada ceramah Prof Dr Kamil yang telah melahir isi hati dan perlakuannya ketika beliau merubah sempadan imannya.

Biarlah orang akan mengatakan beliau takbur dan riak dalam menceritakan hal dirinya. Tetapi bagi saya, beliau telah berani menyatakan hal dirinya yang tidak pandai membaca Al-Quran, mengambil mudah solat dan pelbagai lagi yang sebenarnya tidak ramai yang berani mengaku hal-hal sepertinya.

Hanya sekaki payung diterima sebagai cenderahati dari MJBBU

Keikhlasanya memberitahu hal baik dan buruk tentang dirinya seharusnya menjadi aspirasi perubah sempadan iman mereka yang mempunyai iltizam sepertinya.

Selain perkara di atas, ada beberapa perkara lagi yang mungkin tidak ada pada penceramah lain yang pernah datang ke masjid Bandar Baru Uda. Antaranya ialah:-

tidak akan berceramah sekiranya hanya diberi masa satu jam sahaja,
sesiapa saja boleh menghubungi beliau atau pembantunya untuknya berceramah di tempat lain,
jangan bertanya dengannya atau pembantunya tentang soal bayaran berceramah,
tidak mahu menjual buku karanganya di dalam masjid walau telah disediakan tempat kerananya,
memulangkan balik wang RM1,000 yang diberi kepadanya dan meminta dimasuk semula ke akaun masjid.

Kehadiran di MJBBU amat menggalakkan walaupun ia satu perkara biasa bagi segala kegiatan di masjid ini. Hanya kelainanya adalah sebahagian yang hadir terdiri dari peserta bakal haji yang menyertai kursus di masjid ini pada setiap malam Rabu.

Khyusuk .. tidak berganjak lebih dari 2 jam mendengar ceramah

Mereka yang hadir dianggarkan melebihi 1,000 orang kerana pengiraannya berdasarkan 5 saf jemaah solat Isyak bermakna 500 orang jemaah lelaki, tidak termasuk jemaah wanita yang begitu ramai dan mereka yang datang selepas solat Isyak.

Nota dari Prof

Saya sempat mendapatkan senaskah buku karangannya yang dikatakan telah terjual melebihi 500,000 "Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman". Buku ini akan saya pinjamkan kepada sesiapa yang ingin membacanya, semoga ia akan memberi aspirasi dan iltizam sebagaimana yang dimaukan oleh pengarangnya.

Mudah-mudahan usaha ini akan diberkati oleh Allah swt.

Prof, kita akan bertemu lagi

Sabtu, Mei 23, 2009

11 Hari Mogok Lapar-Suatu Catatan Bersejarah

.
Berita yang saya ambil dari Tranung Kite mengenai mogok lapar:-

11 Hari Mogok Lapar-Suatu Catatan Bersejarah

“Saya tak ambil makanan sama seperti Syed Qutb tidak mahu mengaku fitnah yang mengatakan beliau merancang untuk membunuh Jamal Abd Naser. Oleh itu mogok yang kami lancarkan itu adalah suatu jihad!!”. Itulah kata-kata yang telah membulatkan tekad saya untuk terus menyertai kempen mogok lapar ini. Ucapan penuh bersemangat yang ayah saya sampaikan itu membuktikan keazaman beliau yang tidak mengiktiraf walau satu haripun penahanan tanpa bicara beliau yang sudah melebihi satu tahun itu.

Atas dasar ingin melakukan sumbangan terhadap perjuangan menentang ISA ini, saya menawarkan diri untuk menyertai kempen mogok lapar ini. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, emak saya menyokong hasrat saya ini kerana katanya mereka memerlukan seorang pemogok dari kalangan keluarga tahanan. Ditambah pula lagi setelah melihat dengan mata kepala saya sendiri keadaan ayah saya yang digari dan ditutup matanya ketika turun dari van polis di IPD Sentul pada Isnin, 8 April 2002. Ketika itu ayah saya dalam transit antara pihak polis dengan pihak penjara untuk dibawa pulang ke Kamunting, sehari selepas kembali ke rumah menikahkan kakak saya. Hati anak manalah yang tidak marah apabila melihat ayahnya diperlakukan sedemikian rupa. Tekad saya semakin teguh di sini apabila ayah terus memesan agar jangan takut dengan ancaman tindakan universiti mahupun ancaman tangkapan polis. Kerana yang penting lawan tetap lawan!!!

10 April 2002, maka genaplah 365 hari penahanan ayah dan teman-teman di bawah akta zalim ISA. Kempen Mogok Lapar dilancarkan di SUHAKAM pada pagi itu. Pendaftaran pemogok dilakukan kira-kira jam 2 petang di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar. Namun saya sudah memulakan mogok ini lebih awal lagi. Kali terakhir saya mengambil makanan adalah pada tengah malam 9 April, iaitu setelah penat bermain bola sepak bersama teman-teman. Maka sedikit sahajalah yang larat saya ‘jolok’ sebagai bekalan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Pada hari pertama, kira-kira 15 orang telah mendaftar sebagai pemogok total yang akan berkampung sepenuh masa di Dataran Markaz PAS tersebut. Mereka adalah; YM Raja Petra, Dato’ Sanusi, Cikgu Badrul, Pak Lang, Pak Non, Ah So, Hidhir, Mani, Gobi, Krishna, Nek Isah, Maein, Amin dan Nasir.

Hari pertama mogok dilalui seperti sedang berpuasa sahaja. Semua pemogok masih boleh tertawa riang dan berjenaka ria memperkatakan kezaliman dan ke‘sial’an Mahathir(inilah slogan pemogok-pemogok sepanjang kempen ini!). Setelah 24 jam berlalu, saya masih tidak mengambil walau setitik air. Keesokan harinya, pada hari kedua mogok, kesan mogok mula terasa. Seakan-akan otot-otot tangan dan kaki meronta-ronta untuk diceraikan daripada badan. Pedihnya tidak terkata. Ditambah pula lagi dengan cuaca panas terik. Makin bertambah teruk keadaan saya. Sehingga ada yang berlawak, kalau matipun bukan sebab kelaparan, tapi sebab kekeringan, cuaca panas!! Namun semua itu langsung tidak akan mematahkan semangat saya. Kami menerima kunjungan daripada pimpinan tertinggi BA iaitu Ustaz Fadzil Noor dan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mereka menyatakan sokongan terhadap usaha kami ini dan akan terus bersama-sama kami.

Atas nasihat teman-teman, saya menamatkan mogok tanpa sebarang makan dan minum saya selama kira-kira 43 jam itu dengan sedikit air mineral. Terasa segar sedikit badan setelah mengambil sedikit air. Tapak pemogok lebih ceria dan meriah apabila malam menjelang. Orang ramai datang untuk melihat sendiri pemogok-pemogok dan juga pameran yang disediakan. Malam itu, tiada sebarang ceramah. Yang ada hanyalah majlis meraikan pemogok dengan bacaan sajak, lagu rakyat dan sebagainya. Semua pemogok berpeluang menyatakan isi hatinya. Tak kurang juga yang membaca sajak sehinggakan Pak Salleh Bakar dan Dinsman berasa tercabar dengan kebolehan kami para pemogok. Maka di sinilah secara rasminya slogan ‘Mahathir Sial’ itu dilancarkan. Pemogok-pemogok yang semakin kosong perutnya itu menjadi semakin amarah. Apabila saja nama Mahathir disebut, pasti akan disahut dengan laungan ‘Sial’ beramai-ramai. Pastinya kami ada alasan tertentu untuk memperkatakan Mahathir sehingga ke tahap itu.

Hari ketiga, Jumaat 12 April 2002 dan hari berikutnya kami mula menerima kunjungan pimpinan-pimpinan BA. YB Mahfudz, Saifuddin Nasution, Dr Hatta Ramli, Dr Sanusi, Abd Rahman Othman, Subky Latiff, Haji Hassan Shukri, Lim Kit Siang, YB Teng Chang Khim, Dr Lo’Lo’ dan ramai lagi pimpinan yang memberi sokongan yang berterusan buat kami. Program hari ketiga agak mencabar buat kami, iaitu menyertai Himpunan Anti-Keganasan Israel di hadapan Kedutaan Amerika. Dengan cuaca panas terik, kami gagahi juga diri kami untuk bersama-sama rakyat Malaysia mengutuk keganasan Yahudi. Masing-masing sudah lemah, saya sendiri terpaksa dipapah oleh teman-teman yang lain. Kepala terasa berat, badan kerap kebas, mungkin kesan kekurangan air. Sementara Cikgu Badrul pula muntah-muntah dan hendak pitam. Kami terus dibawa pulang ke Markaz PAS sebelum keadaan bertambah buruk.

Petang itu, anak Raja Petra datang untuk memeriksa tahap gula dalam darah kami. Setiap seorang diperiksa tahap gulanya. Kebanyakannya berada di tahap yang rendah. Saya sendiri pada tahap 3.6 iaitu atas sedikit sahaja daripada tahap bahaya 3.2. Manakala seorang pemogok, Amin, berada di bawah tahap bahaya iaitu 2.8. Ini agak merunsingkan kami. Pemeriksaan doktor juga mendapati kebanyakan pemogok mengalami ‘dehydration’ iaitu kesan kekurangan air. Simptom kerap kebas seluruh badan yang saya alami itu juga disahkan oleh doktor sebagai kesan dehidrasi. Maka kami ‘dipaksa’ untuk mengambil air yang lebih dan sedikit minuman bergula. Suasana pada malam tersebut lebih mencemaskan. Ketika Markaz PAS sibuk dengan ceramah oleh Ustaz Fadzil Noor, keadaan pemogok bertambah teruk. Saya sendiri terlantar tidak bermaya. Manakala 2 buah ambulans dikejarkan untuk membawa 2 orang pemogok yang pengsan. Cikgu Badrul dibawa ke Pusat Rawatan Islam. Manakala Hidhir pula dibawa ke Hospital Besar.

Tiga hari sudah berlalu, namun semangat dan keazaman saya masih kukuh. Pada hari keempat, kami pergi ke Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada menterinya, Abdullah Ahmad Badawi. Kedatangan kami disambut dengan kawalan polis yang ketat, seolah-olah kami ingin meletupkan Putrajaya itu. Sebagai rakyat Malaysia, saya kecewa kerana bangunan yang dibina menggunakan wang rakyat itu dikawal rapi agar tiada seorang pun rakyat Malaysia yang boleh menjejakkan kaki ke dalamnya. Beginilah sikap pemimpin-pemimpin UMNO/BN! Setelah menyampaikan memorandum itu hanya kepada Setiausaha Sulit Kanan menteri, kami beredar untuk memberi penerangan kepada media. Namun di sini Ketua Polis Putrajaya mula menunjukkan lagaknya. Dengan cuaca panas terik, matahari tegak di atas kepala, setelah 3 hari tidak makan, apalah sangat yang boleh kami lakukan sehingga pihak polis begitu sombong dan angkuh terhadap kami. Di kala suasana tegang antara pemogok dengan Ketua Polis ini, saya pula jatuh pengsan. Terus saya dikejarkan ke Pusat Perubatan Az-Zahra yang terletak agak dekat dengan tempat kejadian. Di situ, air dimasukkan ke dalam badan saya. Keadaan saya selepas itu lebih stabil.

Aktiviti pemogok diteruskan selepas itu. Sasaran seterusnya ialah KLCC!! Kami beramai-ramai ke situ untuk mengedarkan risalah kepada orang awam untuk memaklumkan mogok lapar yang sedang berjalan. Menggunakan kerusi roda, saya dibawa menyertai teman-teman lain yang tiba lebih awal. Kami pemogok hanya duduk, manakala sukarelawan mengedarkan risalah. Suasana yang mulanya tenang setenang kolam di Taman KLCC itu mula berkocak. Ini semua kerana kerenah polis yang cuba menunjukkan kekuasaannya. Mereka mula mengarahkan kami menurunkan banner, menghalang kami daripada duduk di situ dan sebagainya. Orang awam mula mengerumuni kami. Ini sekaligus berjaya menarik minat orang awam untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Kami berhujah meminta anggota polis tersebut menyatakan kesalahan kami. Nah, diam tak terkata anggota polis tersebut! Kami berjaya, orang awam mula mengikut kami menyanyikan lagu rakyat dan bersorak menyokong kami. Akhirnya pihak polis sendiri terpaksa menanggung akibat kebodohan sendiri. Kami menang!!

‘Black 14’ muncul lagi. Tarikh inilah yang memenjarakan Pejuang Reformasi kita, Anwar Ibrahim. Tarikh ini jugalah yang menjerat ayah saya dan teman-teman di bawah penjara ISA. Kini ia muncul lagi. Pada hari kelima mogok ini, kami dibawa ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor untuk majlis pelancaran Galeri Black 14. Terasa badan semakin lemah walaupun semangat semakin membara. Tatkala majlis berlangsung, giliran Gobi yang pengsan. Keadaannya cukup lemah, beliau dikejarkan dengan sebuah ambulans. Kami yang lain semakin risau dan runsing dengan keadaan semasa. Namun perjuangan ini harus diteruskan, sasaran berikutnya pula adalah Pasar Seni. Di sini lebih bermakna kerana Ustaz Fadzil Noor, Dr Wan Azizah dan Dr Syed Husin sendiri turun bersama-sama kami mengedar risalah. Namun sekali lagi pihak polis bertindak biadap. Kali ini pasukan topi merah FRU pula yang melayan kami. Habis risalah kami dirampas. Namun kami tidak membiarkan begitu saja. Lawan tetap lawan........

Apalah nasib saya, tubuh yang lemah ini bertambah-tambah lemah. Saya pengsan sekali lagi. 2 kali dalam tempoh 24 jam. Di atas kerusi roda, perlahan-lahan pandangan saya gelap, terkulai layu, sayup-sayup kedengaran panggilan Cikgu Badrul, “Muthanna, kau ok ke???”. Sekali lagi dikejarkan ke hospital berdekatan iaitu Pusat Perubatan Kg Baru. Keadaan saya agak kritikal. “Tap..tap..tap...eh..eh takde darahlah!”, jururawat yang cuba mengambil darah saya berkata. Hanya setelah 3-4 kali mencuba barulah darah saya keluar. Saya dimasukkan ke dalam wad dan dimasukkan air, glukosa dan vitamin ke dalam badan saya. Setelah beberapa jam tidak sedarkan diri, barulah saya dapat membuka mata secara perlahan-lahan. Begitulah kritikalnya keadaan saya petang itu.

Doktor yang memeriksa saya mengatakan bahawa badan saya terlalu kering, tiada air. Maka saya terpaksa ditahan di dalam wad. Resah dan bosan saya di dalam wad itu hanya Tuhan saja yang tahu. Apalah yang dapat saya lakukan di dalam wad sedang teman-teman yang lain berjuang di luar. Betapa ruginya saya tidak dapat bersama-sama teman-teman dengan kerja buat mereka di luar. Saya cuba keluar pada hari yang sama, namun doktor tidak mengizinkan. Esoknya saya cuba lagi, tetap doktor tidak mengizinkan. Saya nekad, saya mesti keluar juga dari wad! Saya kuatkan diri untuk menunjukkan yang saya sudah sihat dan bertenaga. Akhirnya, setelah 2 hari, iaitu pada hari ketujuh barulah saya dapat keluar dari wad tersebut. Alhamdulillah....

Destinasi pertama selepas keluar wad sudah tentu Tapak Pemogok! Saya ingin bersama-sama teman pemogok yang lain meneruskan perjuangan suci ini, biar apapun yang bakal berlaku. Dan pada hari itu, kami menerima kunjungan wakil dari Kedutaan Kanada. Wakil tersebut menunjukkan keprihatinannya terhadap usaha yang sedang kami jalankan. Dan saya diberitahu, sepanjang ketiadaan saya, pelbagai perkara yang telah dilakukan oleh teman-teman. Mereka pergi mengedar risalah di Sogo, Giant Taman Permata, membuat laporan polis dan menerima kunjungan wakil dari Kedutaan Amerika!! 7 hari yang berlalu mula menampakkan keresahan kerajaan. Surat khabar mula menyiarkan kenyataan-kenyataan berkaitan mogok yang sedang dijalankan. Sama ada ia sesuatu yang positif atau negatif, kami telah berjaya untuk menarik perhatian masyarakat awam! Maka tercapailah kemenangan awal buat kami.

Masuk hari kelapan mogok lapar berjalan. Kami diberitahu bahawa peguam dan Puan Zumrah, isteri Ustaz Badrulamin akan melawat 6 tahanan di Kamunting. Kami hanya bersabar menunggu perkhabaran daripada mereka. Sedang kami bersiap-siap untuk menghantar memorandum kepada PBB, satu panggilan telefon diterima oleh Raja Petra. Perkara pokok yang dinyatakan oleh Puan Zumrah adalah, 6 tahanan di Kamunting meminta pemogok-pemogok lapar di luar menghentikan mogok. Suasana menjadi tegang. Masing-masing dengan pandangan dan pendirian masing-masing. Malam itu, walaupun ceramah mogok lapar sedang berlangsung, suasana terus-menerus tegang sehingga tengah malam sehinggalah Dr Wan Azizah tiba untuk menjelaskan situasi sebenar. Akhirnya, setelah bermesyuarat panjang, kami mencapai keputusan untuk tidak menghentikan mogok sehinggalah 6 tahanan di Kamunting berhenti mogok. Kerana mogok kami adalah tanda solidariti kami kepada usaha yang sedang mereka jalankan. Bagaimana mungkin kami berhenti sedangkan ayah dan temannya di dalam kem masih bermogok? Keputusan kami tegas dan jelas.

Pada hari kesembilan, tiada acara besar yang kami jalankan. Kami hanya mengedarkan risalah di pasar-pasar malam dan berjumpa SUHAKAM untuk mengucapkan penghargaan kepada mereka kerana berjanji untuk mengadakan inquiry terhadap 6 tahanan. Tika mengedar risalah, pelbagai pengalaman menarik kami timba. Adakalanya kami berdebat hebat dengan orang-orang yang tidak nampak kezaliman yang berlaku. Tak kurang juga yang mencemuh dan memaki kami. Inilah harga yang kami bayar semata-mata untuk menegakkan perjuangan ini. Jika dilihat orang, memang mudah untuk berdiri mengedar risalah di tengah-tengah khalayak ramai. Ada pula yang berkata apa yang kami lakukan ini hanya untuk menarik perhatian dan mencari glamor. Apakah glamor atau mudah untuk kami memakai banner wajah Anwar Ibrahim di badan untuk berhadapan dengan khalayak yang tidak semuanya menyokong kami? Bukan persoalan malu, namun inilah persoalan berani atau tidak. Sebagaimana yang dikatakan oleh pejuang reformasi kita, ‘kalau takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan’. Ramai yang pandai mengucapkan kata-kata ini, namun tak ramai yang sanggup merealisasikan dalam perbuatannya. Namun apa yang saya dan teman-teman pemogok lalui ini sememangnya suatu pengalaman yang cukup berharga.

Keesokan harinya, masuklah hari ke-10 mogok berjalan. Tika ini badan semakin lemah dan tidak begitu stabil lagi. Tekanan darah saya yang semalamnya rendah menjadi semakin rendah pada hari ke-10 ini., entah mengapa. Sepanjang hari-hari awal mogok yang dikira genting, tekanan darah saya tidak pernah tidak normal. Mungkin terlalu kerap memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku setelah membaca mesej-mesej ringkas daripada ayah saya menyebabkan tekanan darah saya bertambah rendah. Mogok tetap berjalan, kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara dan sekaligus mengedar risalah di sana. Selesai mengedar risalah, kami ke SUHAKAM untuk menyertai aduan oleh keluarga tahanan ISA terbaru. Penggunaan ISA ini jelas meunjukkan betapa dayus dan hinanya kerajaan yang terus-menerus menggunakan ISA, kali ini terhadap seorang wanita yang suaminya turut menerima nasib yang sama. Lihatlah betapa teruknya keadaan negara kita ini, terus-menerus menuju ke arah kehancuran. Saya tidak dapat melihat mengapa rakyat masih boleh berdiam diri, mengapa kezaliman yang begitu jelas dan nyata ini masih tidak dapat membangkitkan kesedaran rakyat untuk bangun menentang kezaliman ini.

20 April 2002, masuklah hari ke-11 mogok lapar berjalan. Kami menunggu perkhabaran daripada peguam yang akan melawat ayah dan teman-teman di Kamunting. Namun apa yang kami dapat adalah sesuatu yang mengecewakan. Pihak kem tidak membenarkan peguam masuk berjumpa tahanan. Maka tiada sebarang keputusan penting dapat dicapai hari itu. Ini juga bermakna kami terputus hubungan dengan tahanan selama 3 hari. Entah apa yang berlaku tidak dapat kami agak dan jangkakan. Namun teman-teman pemogok semuanya bersiap-sedia untuk ke Pulau Pinang untuk memenuhi jemputan dari sana. Mereka akan diraikan dalam beberapa majlis ceramah sepanjang malam tersebut dan seterusnya akan ke Kamunting pada keesokan harinya. Saya pula tidak menyertai mereka ke Pulau Pinang dan akan terus ke Kamunting untuk melawat ayah bersama-sama keluarga.

Maka dalam lawatan keluarga pada 21 April 2002, tamatlah mogok lapar yang dijalankan selama 11 hari ini. Kesemua 6 tahanan menamatkan mogok lapar di hadapan kami ahli keluarga masing-masing. Walaupun mereka menyatakan perasaan terharu mereka di atas pengorbanan kami di luar dan tidak tahu dengan apa harus dibalas, sepatutnya kita yang lebih terharu dengan apa yang telah mereka korbankan selama ini. Walaupun saya sendiri dipanggil ‘wira’ oleh ayah, Ezam, Ustaz, Lokman, Isham dan Tian, namun saya tetap merasakan apa yang saya lalui ini hanyalah satu juzuk kecil sumbangan saya dalam perjuangan ini. Selagi kita tidak menceburkan diri, tidak menyerahkan jiwa raga untuk perjuangan ini, maka selagi itulah kita tidak akan merasai atau memahami apakah ertinya perjuangan. Kita tidak akan merasai atau memahami apakah erti pengorbanan.

Catatan bersejarah mogok lapar ini merupakan satu catatan pengalaman yang amat berharga dan bersejarah. Tidak lain dan tidak bukan untuk membangkitkan kesedaran kita memperjuangkan hak kita selaku rakyat Malaysia. Bukan untuk memperbesar-besarkan pengorbanan yang saya lalui atau meraih simpati murahan. Sekiranya kita merasakan ISA itu jauh daripada kita, nyata kita silap. Adakah kita mampu duduk bersenang-lenang di atas kerusi empuk sedangkan nasib kita, anak-anak cucu kita generasi akan datang masih belum terjamin selagi adanya ISA yang zalim dan menindas ini. Adakah kita akan terus-menerus redha dengan kezaliman yang berlaku ini? Fikirlah sendiri.........

Bebaskan tahanan ISA!
Mansuhkan ISA!

Muthanna Saari
27 April 2002


Krisis politik: Pakatan Perak adakan mogok lapar tiga hari

.
Berita yang disalinsemula dari M-Star Online pada hari ini yang disediakan oleh G Manimaran:-

PETALING JAYA: Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.

Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini.

Mesej langkah itu ialah menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan kembali kepada rakyat, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online.

"Ya, ya... kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa)," katanya.

Tambah beliau, langkah itu telah lama diputuskan dan tiada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat) dan mendaftarkan diri mereka," kata beliau sambil menambah, tidak pasti berapa ramai yang akan mengambil bahagian.

"Tidak pasti berapa ramai sebab ia akan diadakan selama tiga hari," katanya.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."

Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Semalam Mahkamah Rayuan sebulat suara mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Krisis politik Perak bermula awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan negeri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Pada 7 Mei lalu, krisis politik menuju "era baru" apabila Speaker V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat disingkir dan digantikan dengan wakil Barisan Nasional (BN).

..........

Perkara yang berlegar di kota pemikiran saya adalah adakah agama Islam membenarkan ini semua atau apakah pernah berlaku dalam sejarah Islam dalam menghadapi situasi seperti ini.

Saya akan berterima kasih dengan segala respon kerana ia suatu perkara baru dalam sejarah negara kita.

PROGRAM JOM KE PERPUSTAKAAN

.
Saya baru saja berada dalam majlis "Program Jom Ke Perpustakaan" anjuran bersama Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dan Perpustakaan Sultan Ismail (PSI), Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Majlis yang diadakan di bangunan Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru telah dijayakan dengan mengadakan pertandingan mewarna, pertandingan bintang kecil dan bengkel kemahiran belajar/pengurusan masa bagi pelajar tahun 6.

Seramai 240 orang murid tahun 5 dan 6 dari 12 sekolah rendah dalam Parlimen Johor Bahru telah diberi kad keahlian PSI secara percuma yang boleh digunakan selama 3 tahun.

YB Dato' Shahrir Abd Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru dalam ucapan perasmiannya mengharapkan murid-murid yang telah menerima kad keahlian ini akan menfaatkannya dengan menjadi pelanggan tetap di PSI.

Tidak dinafikan bahawa banyak sekolah yang mempunyai Kutub Khanah tetapi jumlah buku adalah terhad. Perpustakaan Sultan Ismail seharusnya menjadi tempat sesuai untuk mendapatkan segala bahan bacaan yang tidak terdapat di sekolah masing-masing.

Begitupun, Dato' Shahrir berharap peranan PSI ini dapat ditingkat dan diperluaskan berdasarkan kepada situasi semasa terutama dengan penggunaan alam siber yang tidak mempunyai sempadan.

Perpustakaan Sultan Ismail seharusnya lebih agrasif dan mencari ruang lebih relevan kepada pengguna dan komuniti seperti tidak menumpukan kepada perkara akademik semata-mata.

Ketika ini pelajar-pelajar Malaysia dikenali oleh negara luar sebagai pelajar yang mempunyai kebijaksanaan dari keputusan peperiksaan yang mengagumkan. Bagaimanapun, pencapaian kegiatan luar darjah (koko) tidak yang terbaik.

Dengan sebab itu, segala usaha hendaklah digembelingkan agar pelajar negara kita mempunyai pencapaian cemerlang dalam segala segi dan pastinya ia akan dapat memenuhi pasaran semasa.

Dato' Shahrir berharap program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru ini akan menjadi aspirasi kepada kegiatan sayap UMNO untuk meningkatkan serta menyuburkan keinginan pelajar bagi menggunakan perpustakaan sebagai tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.




PRK MANIK URAI: BUI PITIH AMBIK, BUI KAIN PAKAI.. TAPI UNDI?

.
Saya salinsemula sebahagian para dalam blog OTAI http://ramlyotai.blogspot.com/ yang bertajuk DUN MANAIK URAI BUI PETIH AMBIK:

AHA3... KALI INI SAMPAILAH GILIRAN KELATE PULAK NAK UJI 1MALAYSIA. KOMPONG MANEK URAI TU KAWASAN KESEDAR DAN BANYAK PEMBANGUNAN DIBUAT DI SITU SEJAK OTAI KECIK LAGI. TAPI KAWASAN TU MAKAN UMPAN SAHAJA KERANA IKAN NYA AMAT CERDEK DAN OPUTUNIS.

MAKA JANGAN TERKEJUT DI SINI AKAN KELUAR FATWA TOK GURU "BUI PITIH AMBIK, BUI KAIN PAKAI.. TAPI UNDI?" ITULAH AJARAN MAKAN DALAM BAIK DAN MAKAN GU YANG DITANAM SEJAK DULU LAGI. OTAI ADALAH PRODUK DARI BUDAYA ATAU MERAKYATKAN "BUI PITIH AMBIK" TU... TAPI TAK SUKA PERANGAI TU SEBAB TAK KENANG BUDI ORANG.

Saya tertarik kerana sekiranya benar fatwa Tok Guru (Nik Aziz?) "Bui pitih ambik, bui kain pakai.. tapi undi?" yang bermaksud beri duit dan kain, ambil dan gunakan saja tapi undi?, tentulah yang dimaksudkan adalah kiranya BN beri duit dan kain jangan ditolak tetapi tidak memberi undi kepadanya.

Kalaulah benar ungkapan ini yang digunakan oleh seorang yang dikatakan Tok Guru dan begitu diagung-agungkan, tidakkah ini merupakan satu fatwa yang menunjukkan sikapnya yang tidak bermoral?.

Dalam blog OTAI, beliau menyatakan bahawa pengundi Manik Urai sebahagiannya terletak dalam kawasan KESEDAR yang telah menerima nikmat pembangunan. Kita tidak menafikan bahawa KESEDAR adalah projek Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN. Tidakkah nikmat pembangunan itu juga serupa pitih yang diberi?.

Tidakkah ini seperti diberi bunga tapi dibalas tuba. Perkataan inilah yang sesuai diungkapkan kepada mereka yang tidak membalas budi dan jasa.

Jumaat, Mei 22, 2009

PROGRAM BIRO AGAMA UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU

.

Sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Johor Bahru, saya telah menubuhkan jawatankuasa dan telah mengadakan mesyuarat pada hari Rabu yang lalu.


Program yang sedang berjalan pada ketika ini adalah lawatan ke surau-surau pada malam Jumaat bersama-sama dengan Naib Ketua UMNO Bahagian yang juga ADUN Kawasan Tanjung Puteri, YB Haji Adam Sumiru.


Selain untuk mendapatkan maklumbalas dari kariah mengenai pelbagai perkara terutama masalah yang perlu diambil tindakan, program ini juga cuba memperjelaskan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang betul terutama semasa membaca Yaasiin.


Biro ini akan berusaha untuk mengumpulkan kumpulan Yaasiin samada lelaki maupun wanita dari seluruh Parlimen Johor Bahru bagi tujuan merapatkan hubungan selain memberi tunjuk ajar semasa mengendalikan kumpulan.


Untuk tujuan itu, kursus dan latihan kepada pembimbing kumpulan Yaasiin akan diadakan pada masa yang difikirkan sesuai. Bantuan yang difikirkan perlu juga akan diberi seperti pembesar suara (bimbit) yang mempunyai banyak kegunaannya.


Program lawatan ke masjid dan surau pada bulan Ramadhan juga akan diaturkan.


Ahli Jawatankuasa Biro adalah sebagaimana berikut:-


Pengerusi:

Tuan Haji Mohd Sunawan bin Hj Md Som,

No. 27, Jalan Jagong,

Bandar Baru Uda,

81200 Johor Bahru, Johor.


Naib Pengerusi:

Tuan Haji Mohd Zain bin Sungib

No. 76, Jalan Bunga Raya Besar,

Kg Dato’ Sulaiman Menteri,

81100 Johor Bahru, Johor.


Setiausaha:

Encik Nordin bin Sumiru

#G-02, Blok C,

Jalan Larkin Perdana 3,

Taman Larkin Perdana,

80350 Johor Bahru, Johor.


Ahli Jawatankuasa:

Tuan Haji Mohd Nazar bin Hj A Karim

No. 47, Jalan Pengangkutan,

Rumah MARA Tampoi,

81200 Johor Bahru, Johor.


Encik Abdul Razak bin Sulaiman

No. 53, Tingkat 2, Blok G,

Rumah Pangsa Larkin 2,

80350 Johor Bahru, Johor.


Puan Hajah Nor’aini binti Md Yasin

No. 3, Jalan Tengah,

Kampong Stulang Baru,

81100 Johor Bahru, Johor.


Puan Hajah Maznah binti Sardan

No. 58, Jalan Kelabu Satu,

Taman Pelangi,

80400 Johor Bahru, Johor.


Tuan Haji Abd. Rahman bin Mohamed

No. 3, Jalan Seruling

Taman Perbadanan Islam

80250 Johor Bahru.


Tuan Haji Tukimin bin Jamin

No. 20, Jalan Hujung

Kg. Melayu Majidee

81100 Johor Bahru.


Encik Azmi bin Tuganal

No. 05-03, Blok N, Pangsapuri Ledang

Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda

81200 Johor Bahru.


Encik Hussein bin Awab

No. 88, Jalan Kempas Baru

Kempas,

81200 Johor Bahru.


Tuan Hj. Abd. Jalil bin Hj. Long

No. 42, Jalan Bayam

Kampung Bendahara

81100 Johor Bahru.


Tuan Haji Ahmad bin Aziz

No. 49, Jalan Suria Utama,

Taman Suria,

81100 Johor Bahru, Johor.


Tuan Haji Ahmad Husni Sadikan

No. 23, Jalan Anugerah,

Kg Kurnia,

80250 Johor Bahru, Johor.




CIKGU YUNUS SIMIN: PERNAH MENJADI GURUKU DI S.D.P.B. PONTIAN

.
Baru-baru ini saya terjumpa guru yang pernah mengajarku subjek Sastera Melayu di Sekolah Dato' Penggawa Barat Pontian pada tahun 1968. Beliau yang saya maksudkan adalah Cikgu Haji Yunus Simin.

Perjumpaan yang tidak disengajakan ini berlaku di Surau Taman Sri Tebrau Johor Bahru ketika saya membawa Imam Haji Munadi Muhajir bersama-sama YB Haji Adam Sumiru dalam lawatan ke surau tersebut pada petang Khamis yang baru lalu.

Saya memang mengetahui Cikgu Yunus berada di Johor Bahru kerana beliau memang dikenali sebagai penggerak badan NGO seperti Persatuan Anak-Anak Yatim dan sebagainya.

Ketika berada di Tingkatan 5 pada tahun 1968, Cikgu Yunus tidaklah begitu lama mengajarku kerana subjek tersebut diambilalih oleh Cikgu Ali Ahmad (Alis Murni). Alhamdullillah, saya mendapat 3 (kepujian) dalam subjek ini.

Walaupun beliau tidak lama mengajarku, tetapi beliau sentiasa menjadi kenang-kenangan murid-murid sesekolah denganku kerana gaya beliau berintraksi amat menyenangkan.

Saya sempat memberitahunya tentang tiga orang muridnya yang setingkatan denganku telah menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya ke-12 baru lalu. Mereka adalah Hassan Karim - PRM/PR (Parlimen Johor Bahru, Johor), Osman Sapian - UMNO/BN (Dun Kempas, Johor) dan Taha Ahmad - PKR/PR (DUN Paya Rumput, Melaka). Hanya Osman Sapian yang berjaya.

Saya sempat berbual-bual dengannya, bercerita tentang kesah zaman persekolahan lalu termasuk berceritakan hal beberapa orang guru yang masih saya ingati seperti Cikgu Yusof Abdullah (Sintaro), Jabit, Mokhtaram, Juliat Lai dan ramai lagi.

Seorang guru yang tetap saya ingati dan sekiranya saya dapat berjumpa dengannya, alangkah indahnya. Tentu beliau mempunyai keistimewaan tersendiri. Beliau yang saya maksudkan adalah guru matematik yang dikatakan berada di Muar, Cikgu Sulaiman bin Hasrin.

Saya diberitahu Cikgu Sulaiman Hasrin pernah menjadi penghulu di Muar. Saya akan berterima kasih kepada sesiapa yang dapat memberitahu dimana beliau berada dengan menghubungi saya melalui email: sunawanbbu@gmail.com atau telefon 019-7731264.

APA KATA PENYOKONG PAS APABILA MAHKAMAH RAYUAN ISYTIHARKAN DR ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

.
Ketika dalam perjalanan balik dari Kluang ke Johor Bahru sebentar tadi, seorang rakan (Kamaruddin) bertanya saya tentang keputusan mahkamah rayuan dalam kes menentukan siapa sebenar Menteri Besar Perak.

Saya tidak dapat menjawabnya kerana banyak perkara yang perlu diuruskan termasuk melawat jenazah isteri sepupu yang meninggal malam tadi. Saya berjanji akan memberitahunya apabila mendapat berita.

Setibanya di Bandar Baru Uda, saya terjumpa Abdullah Idrus yang sedang berbaris denganku untuk membeli pisang goreng. Saya bertanya khabar dengannya dan mengambil kesempatan sekiranya beliau mempunyai berita tentang keputusan mahkamah rayuan.

Abdullah yang merupakan seorang pemimpin PAS peringkat kawasan dan pada pilihanraya ke-12 telah bertanding bagi kerusi Parlimen Pulai bagaimanapun tewas kepada Datuk Nurjazlan Mohamad, menyatakan partinya kalah dalam proses rayuan tersebut.

Tentulah hati kecil saya begitu gembira dengan keputusan ini walaupun saya tidak mempunyai pengharapan besar berdasar kes yang pernah menjadi contoh di Sarawak satu masa dahulu.

Saya mendengar dengan penuh perhatian apabila beliau menyatakan bahawa keputusan hakim adalah 2-1 yang menyebelah kepada Dr Zambry. Beliau menyatakan bahawa sekiranya 5 hakim yang menghakimi rayuan ini, beliau pasti keputusan akan menjadi sebaliknya.

Saya tidak menghujah apa yang beliau katakan kerana di tempat orang ramai sedang berbaris untuk membeli pisang goreng tentulah tidak manis untuk saya berbahas mengenai perkara tersebut. Cuma saya mengambil sedikit kesempatan dengan bertanya dengannya tentang siapakah calon Timbalan Presiden PAS yang dicalunkan oleh bahagiannya (Pulai).

Dengan penuh semangat beliau memberitahu tentang keupayaan Mohamad Sabu yang telah berjuang selama 38 tahun dalam parti dan selayaknya beliau menyandang jawatan tersebut.

Saya tidak memberi sebarang respon dalam jawapannya kerana pada pendapat saya sekiranya Mohamad Sabu menang tentulah ia tidak disenangi oleh Brother Anwar Bin Ibrahim kerana ramai yang mengetahui Mohamad Sabu pernah menggelarnya sebagai Anwar Al-Juburi.

Sesampainya saya di rumah, saya terus mencari berita di internet.

Saya amat terkejut apabila berita kemenangan Dr Zambry adalah sebulat suara (3-0).

Inilah antara berita pembohongan demi meyakinkan hati dan penyokong sendiri. Nilailah sendiri dengan segala cerita yang disebarkan walaupun sebenarnya ia berhadapan dengan balasan Allah dengan menyebarkan berita yang tidak benar.

Isnin, Mei 18, 2009

PESANAN DATO' SHAHRIR KEPADA AHLI MAJLIS MEWAKILI PARLIMEN JOHOR BAHRU

.
Sembilan orang Ahlimajlis Majlis Bandaraya Johor Bahru yang mewakili Parlimen Johor Bahru telah mengangkat sumpah pada 6 Mei yang lalu.

Mereka yang mewakili UMNO adalah Hajah Salmah Saffar, Khalid Mohamad, Azman Dawam, Dato' Yahya Jaafar dan Mohd Sunawan Hj Md Som sementara MCA diwakili oleh Tan Lian, Ang Boon Heng, Wong Kwee Eng dan Ng Puay Wah.

Parti MIC Johor Bahru mempunyai kuota seorang Ahlimajlis, namun Kerajaan Negeri masih belum membuat perlantikan.

Pengerusi Barisan Nasional Johor Bahru, YB Dato' Shahrir Samad berkesempatan menemui Ahlimajlis dari Parlimen Johor Bahru di Hotel Mutiara pada hari semalam.

Dalam pertemuan tersebut, beliau berharap Ahlimajlis dapat memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dalam satu pasukan yang saling bantu membantu. Mereka hendaklah berkerja tidak sahaja dalam kawasan masing-masing, sebaliknya membantu rakan-rakan lainnya menyelesaikan sebarang perkara berbangkit.

Keutamaan menyelesaikan masalah rakyat hendaklah diutamakan tanpa mengira agama dan ras yang mencerminkan kesungguhan bekerja membantu rakyat.

Dato' Shahrir juga berharap dapat menemui semua Ahlimajlis dalam mesyuarat bulanan yang akan membincangkan pelbagai perkara kepentingan warga bandaraya terutama di dalam Parlimen Johor Bahru.

Hajah Salmah Saffar,
Ketua Whip Ahlimajlis MBJB

Tan Lian,
Timbalan Ketua Whip Ahlimajlis MBJB

Khalid Mohamad,
Ahlimajlis MBJB

Ang Boon Heng,
Ahlimajlis MBJB

Azman Hj Dawam
Ahlimajlis MBJB

Wong Kwee Eng
Ahlimajlis MBJB

Dato' Yahya Jaafar
Ahlimajlis MBJB

Ng Puay Wah
Ahlimajlis MBJB

Mohd Sunawan Hj Md Som
Ahlimajlis MBJB

TUNJUK PERASAAN GAYA PENYOKONG SHAHRIR DI JOHOR BAHRU

.
Demonstrasi menunjukkan 'terima kasih'

Di Indonesia, unjuk rasa atau demonstrasi adalah satu perkara umum sejak jatuhnya Presiden Soeharto pada tahun 1998. Sebaliknya, di Malaysia ia masih belum menjadi kebiasaan. Hanya kalau ia hendak dijadikan sejarah, ia boleh disinonimkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana faktanya ialah beliau boleh menarik ribuan manusia berarak di jalan-jalan raya.

Budaya menggunakan jalan sebagai satu cara meluahkan perasaan dengan anjuran yang tersusun kadangkala berakhir dengan perlakuan yang tidak seiring dengan budaya bangsa Melayu dan penganut agama Islam seperti kebiadaban kepada raja-raja dan keganasan.

Ada orang mengatakan Anwar adalah 'Raja' bahkan 'Dalang' kepada demonstrasi di Malaysia kerana beliau menganjurkan demonstrasi di Baling pada tahun 1974, demonstrasi 'Reformasi' pada tahun 1998, dan kini mulai 2007 beralun lagi demonstrasi dalam pelbagai isu.

Anwar Ibrahim dikatakan sebagai 'Raja'
dan 'Dalang' demonstrasi

Perkara yang dilakukan olehnya adalah hanya untuk 'menarik perhatian masyarakat' disamping mencari keuntungan politik peribadi.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Johor Bahru, walaupun ia mempunyai motif yang hampir sama terutama untuk menarik perhatian masyarakat, pendekatannya amat berlainan.

Sebagai contoh, pada petang Ahad semalam, Dato' Shahrir Samad menemui kumpulan penduduk di Taman Century yang sedang berdemonstrasi.

Mereka berdemo kerana ingin meluahkan perasaan gembiranya kerana usaha yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat mereka telah berjaya mempertahankan tanah dan tempat kediaman yang akan diambil oleh kerajaan Negeri melalui Akta Pengambilanbalik Tanah.

Usaha yang dilakukan secara perundingan bermula dari Sdr Sooria Ganeson yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak menghantar memorendum kepada Dato' Shahrir dan seterusnya membuat perbincangan dengan YAB Menteri Besar Johor bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

Sooria Ganeson mengetuai demonstrasi 'terima kasih'

Jawapan secara lisan telahpun diberi sebagaimana yang dinyatakan oleh ADUN Tanjung Puteri, YB Hj Adam Sumiru tentang pembatalan rancangan pengambilan tanah tersebut.

Inilah gaya demonstrasi, tunjuk perasaan atau unjuk rasa yang diluahkan oleh penduduk Johor Bahru melalui kepimpinan berwawasan yang sepatutnya menjadi contoh kepada pendemo-pendemo lain di negara kita.

Sabtu, Mei 16, 2009

PENUBUHAN JAWATANKUASA PENAJA KRT FASA SATU BANDAR BARU UDA

.
Haji Abu Bakar Ibrahim
..... gaya seorang pemimpin

Sebentar tadi saya hadir ke majlis penubuhan KRT Fasa Satu Bandar Baru Uda disamping meraikan perlantikan saya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru dan juga penghargaan kepada mantan Ahli Majlis, Tuan Haji Mohd Said Ibrahim.

Majlis yang diadakan di Dewan Raya Jalan Jagong 4 dihadiri oleh penduduk kawasan Fasa 1.

Perjumpaan ini telah bersetuju melantik Jawatankuasa Penaja KRT yang dipengerusikan oleh Sdr Abd Latif Kadiman dengan dibantu oleh Sdr Haji Mahmood Muyob.

Pemuda-pemuda di kawasan ini telah menubuhkan pasukan kompang dan dalam majlis ini pasukan ini telah menerima 10 buah kompang baru dan juga pakaian seragam.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim yang mengambil inisiatif menganjurkan majlis yang sangat bermakna kepada penduduk di kawasan terlibat.

Ketua Kumpulan Kompang

Ketua Pemuda

Penerimaan ahli baru

Terima kasih ......

Mereka yang hadir

Rabu, Mei 13, 2009

PERBINCANGAN UNTUK MENGADAKAN HARI KELUARGA PBKF JOHOR SELATAN

.
Hari ini tadi saya ke Desaru berbincang dengan rakan-rakan Jawatankuasa PBKF Johor Selatan bagi tujuan mengadakan hari keluarga.

Kami mengambil persetujuan untuk mengadakannya pada 20 dan 21 Jun bertempat di Resort Batu Layar, Desaru.

Resort ini adalah kepunyaan salah seorang ahli persatuan dan sudah tentunya kami tidak mempunyai masalah untuk mengadakan program disana terutama melihat persekitaran yang aman dan menyenangkan disamping tawaran harga yang sangat berpatutan.

Saya berharap program ini akan berjaya terutama dapat mengumpulkan bekas kakitangan Felda dalam kawasan Johor Selatan bersama keluarga masing-masing.